PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.
Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.
Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali (kanan) dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan, sekurang-kurangnya sehingga minggu depan.
Malah, Harakah edisi Isnin depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.
Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.
"Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hasan ada menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi.
"Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan Hasan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS," beliau dipetik sebagai berkata kepadaHarakahdaily dan Harakah.
Lagi 25 minit rakaman
Tulisan itu bagaimanapun sudah boleh dibaca dalam blog seorang wartawan Harakah yang mewawancara Mustafa kerana sudah dimuatkan sejak semalam.
Pada hari yang sama, sebahagian kecil daripada rakaman wawancara kira-kira 30 minit itu juga dimuatkan dalamHarakahdaily.
"Rakaman lima minit sudah disiarkan. Ada lagi 25 minit (akan terbit)," kata sumber kepadaMalaysiakinihari ini.
Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaian secara dalaman dalam pelbagai isu.
Ps: Inilah dia makna demokrasi dan juga istiqomah dalam parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu sebenarnya.
Bila ada pemimpin yang lantang bersuara menyatakan pendirian mereka dalam menegakkan Islam dan tidak menyebelahi mereka, macam - macam benda yang akan dilakukan.
Termasuklah dengan mengishtiharkan 'Jihad' terhadap dua bekas pemimpin utama mereka demi menjaga maruah diri sendiri.
Dan tidak dinafikan, mereka lakukan demi mengekalkan sokongan DAPigs terhadap mereka. Itu je sebenarnya. Bukan diorang buat untuk memperjuangkan Islam pun!!!
Adalah lebih baik diorang ambik pisau, tikam je terus. Tak payah nak susah - susah main belakang!!! Buat depan - depan la kalau berani!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.