Sabtu, Disember 17, 2011


Semut tak mintak, tapi Si Nurul Izzah ni yang sering menyerah diri. Dia memang jelas minta dibalun secara bertubi - tubi dalam blog ni.

Selain kisah dia yang semakin lantang bersuara dan mempromosikan arak tempoh hari, Si Nurul Izzah ni juga turut tersasul ketika berbahas dalam wacana Sinar Harian.

Kalau sebelum ini, dia jelaskan bahawa Papanya seorang yang hebat, kali ni dia turut mengesahkannya. Papa dia memang hebat.

Semut sendiri tidak menafikan bahawa Papa Si Nurul Izzah ni seorang yang hebat. Hebat menipu dan Hebat menyusahkan orang. Dan Si Nurul Izzah ni pun turut mengakuinya:
Kepada mereka yang menonton Wacana Sinar Harian petang semalam – pastinya seronok menyaksikan suasana wacana yang agak terbuka dan menghiburkan. Kalau ada PROFESOR MAHARAJA LAWAK MEGA ABU HASSAN HASBULLAH, maknanya akan gamatlah suasana. Akademiknya tak seberapa. Tapi lebih kepada Prof sembang kedai kopi. Sibuk dengan masalah sendiri.
Apa yang wajar kita berikan perhatian adalah KOMITMEN Nurul Izzah mengenai reform dan perubahan. Memang komited. Kesungguhan Izzah ini kita nampak jelas sehingga dia sendiri mengakui bahawa peranan Anwar sewaktu dalam kerajaan adalah BEBAN POLITIK kepada Pakatan Rakyat. Izzah akui ini. Izzah terpaksa menerima hakikat, tidak mudah untuk Pakatan Rakyat untuk WHITEWASH (cuci) segala masalah dan penipuan yang Anwar buat sewaktu dalam kerajaan.
Bagi mereka yang lahir di bawah zaman Mahathir-Anwar; pasti maklum bahawa Anwar bukanlah seorang HIGH PERFORMANCE MINISTER. Tidak. Dia High Performance dalam bidang lain. Dalam bidang yang tidak memerlukan kebijaksanaan akal dan pemikiran.
Nurul Izzah mengakui bahawa Pakatan Rakyat terpaksa membawa sama BEBAN POLITIK kerana Anwar yang tidak perform semasa dalam kerajaan. Ini adalah fakta yang disampaikan sendiri oleh Izzah di dalam wacana tersebut.
Apa yang Anwar buat?
Banyak benda menyaksikan Anwar tidak melaksanakan amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan seperti yang selalu diungkap oleh Anwar di dalam ceramah dan sebagainya.
Agaknya, Nurul Izzah sempat membaca buku ‘Notes to the Prime Minister’ karangan TS Nor Yakcop yang secara jelas mengatakan Anwar tidak kompeten dan salah menasihati Perdana Menteri dalam banyak perkara. Jangan kita lupa, TS Nor diarah oleh Jabatan Perdana Menteri untuk terbang ke Buenos Aires, Argentina bagi menerangkan kepada Tun Mahathir mengenai kesilapan Anwar yang terlalu menjadi hamba kepada Washinton Consensus.
Bagus dan amat bijak buat Izzah mengakui perkara yang begini. Tidak guna Izzah mempertahan Anwar yang diakui sebagai pengkhianat Negara kerana tunduk kepada desakan IMF dalam mengurus krisis ekonomi. Izzah pasti boleh pergi jauh jika sanggup keluar daripada BAYANG Anwar yang buruk dan gelap.
Dah jelas bahawa Papa Si Nurul Izzah ni memang tak reti buat kerja diwaktu dia menjawat jawatan sebagai Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri.

Bukan Semut yang cakap. Tapi Si Nurul Izzah ni yang kata. Jadi, terungkai lah sudah persoalan kenapa Si Nurul Izzah ni hanya pandai bercakap tapi tak reti buat kerja? Sebab memang dah keturunan dia. Menipu tu je yang diorang pandai!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping