Ahad, Disember 25, 2011


Halamak!!! Apa cerita ni? Hari tu dah ada siri membogelkan Anugay yang dibuat oleh Si 'Pelacur' Ketua Penipu ni. Kali ni dia kembali lagi.

Apa lagi kisah yang akan dibongkarkan nanti? Meh baca apa yang dinyatakan oleh orang yang dianggap 'Pelacur' oleh Si Ketua Penipu tu dulu:
SUNGAI TENGI – Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa memiliki surat yang pernah digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia.


Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Saya sedia dedahkan surat tersebut untuk membuktikan kebenaran bahawa Anwar berniat jahat.

“Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di sini, malam kelmarin.

Mohamad Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar berkata, beliau tidak takut untuk tampil membongkar penyelewengan itu.

Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza.

“Rakyat kita tidak boleh dikaburkan dengan agenda usang Anwar yang mahu mengalih perhatian menjelang keputusan kes salah laku seks beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bahari pada 9 Januari depan.

“Sudah lama saya tunggu untuk melakukan pendedahan ini. Kini tiba masa terbaik demi menyelamatkan rakyat daripada kepalsuan terbesar ini” katanya.

Beliau berkata, serangan peribadi Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan kesan buruk kepadanya.

Katanya, beliau sering memberi pandangan untuk mengajak Anwar bersemuka bagi membongkar perkara sebenar namun gagal dipenuhi Anwar yang bijak mencari helah.
Ps: Disebabkan Si Ketua Penipu tu banyak sangat buat kerja yang bukan - bukan, jadi terpaksa la dia berhadapan dengan pembongkaran ni.

Walaupun ianya dianggap mengaibkan, tapi siapa suruh dia cari penyakit. Dia sendiri yang gali lubang, sekarang Padan La Dengan Muka Dia!!!

1 ulasan:

  1. MINTA SEMUA ALUMNI BEKAS PEMIMPIN PKR DI BAWAHNI SAMBUT ANWAR DI MAHKAMAH NANTI PADA 9.1.2012 UNTUK UCAPKAN SELAMAT JALAN ROMEO.
    Senarai Pemimpin PKR keluar parti
    Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
    Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
    Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
    Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
    Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
    Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
    Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
    Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
    Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
    Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
    Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
    Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
    Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
    Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
    Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
    Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
    Datuk Zaid Ibrahim
    Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
    Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
    Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
    Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
    Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
    Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
    Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
    Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
    Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
    Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
    Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
    Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
    Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
    Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
    Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
    Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
    Adun Lunas - Md Radzi Salleh
    Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
    Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
    Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping