Wakakaka!!! Tak sangka pulak Semut ada orang yang marah kat puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebab diorang cakap ikut sedap mulut.
Kan Semut dah selalu pesan. Diorang ni semua memang bercakap je taunya. Sebab dalam bercakap tu diorang boleh menipu.
Tambahan pulak, menipu tu memang satu kewajipan bagi diorang. Itu je yang diorang tau buat pun. Bukan diorang tau buat kerja lain.
Yang kena sound pulak bukan calang - calang orang. Mahfuz Bean dengan Nurul Izzah yang jadi sasaran. Tak syak lagi, diorang ni memang cukup mahir dalam bidang tersebut.
Jadi, tak heran la kalau ada orang yang kata puak - puak Pakatan Pembangkang ni setakat tau bercakap ikut sedap mulut je. Dah diorang buat kerja tak reti, nak buat macam mana!!!
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menasihati ahli politik tidak mengeluarkan kenyataan mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan diperkenalkan kelak.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Theng berkata, kenyataan mengenai SBPA jangan ‘cakap ikut sedap mulut’, sebaliknya melalui kajian dan rujukan dengan Cuepacs.
“Adakah ahli politik itu mengetahui perjalanan kami dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)? Bermula 22 Disember, Cuepacs berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, keesokannya, JPA dan minggu sama memanggil kesemua 120 ahli kongres mendengar taklimat daripada JPA.
“Pada 28 Disember, Cuepacs berunding dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Kerajaan tidak membuat keputusan sendirian, sebaliknya mendapat pandangan semua pihak,” katanya mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mahu SBPA ditangguhkan.
Beliau berkata, Cuepacs sudah memberi kata putus menyokong SBPA kerana memberi kebaikan kepada penjawat awam dan sekiranya ada yang tidak kena, JPA akan melakukan penambahbaikan
Ps: Niat sebenar Mahfuz Bean dengan Nurul Izzah tu nak membantu CUEPACS. Nak tunjuk yang diorang Hero dalam membela rakyat.
Tapi cakap pun tak serupa bikin. Nak tunjuk hero menda kejadahnya. Semua tu nak nama je belaka. Bukan diorang ikhlas pun nak tolong!!! Ingat orang tak tau ke? Ceit!!! Pigidah!!!
pergi jaga kawasan sendiri dulu la baru nk jaga penjawat awam satu malaysia ni. ini rakyat kat kawasan sendiri pun kamu x jenguk, lepas tu kamu menipu kamu kata kamulah champion dgn muka selamba, ada hati nk ckp byk. mahfuz tu dah sah periksa pun tak pass, mmg bengap. yg izzah tu apsal jadi bengap jugak sia2 belajar tinggi. masa belajar cgpa dpt brapa?
BalasPadam