Sabtu, Disember 31, 2011



La ish!!! Ingatkan dah terkena bahan radioaktif dah Si Fuziah Thoron ni. Rupanya, hidup lagi dia ye. Tapi perangai tak jugak berubah - ubah.

Masih jugak dengan sikap dia yang Gila Meroyan tak tentu arah tu lagi nampak gayanya. Kali ni sasaran dia ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang pulak.

Kata Si Fuziah, Pengarah tu telah menyelewengkan fakta dengan mengatakan bahawa kilang memproses nadir bumi milik Lynas ni adalah kilang kimia, bukan kilang radioaktif.

Maka mula la dia meroyan dan menuntut penjelasa daripada Dr. Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim agar memberikan penjelasan mengenainya.
KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan mendakwa Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Dr Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim menyelewengkan  fakta mengenai Lynas dalam  taklimat tertutup anjuran JASA kelmarin.
Berikutan itu pemimpin PKR menghantar surat kepada Dr Ahmad menuntut penjelasan.
Katanya, pengarah JAS itu menggunakan fakta untuk menyelewengkan pandangan awam.
“Selaku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang pihak tuan harus bersifat lebih bertanggungjawab kepada rakyat.
“ Apabila pihak tuan membuat kenyataan bahawa ” kilang Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif” ianya merupakan kenyataan ‘separuh benar’ yang berselindung di sebalik fakta.
“Mengapakah pihak tuan selaku Pengarah JAS tidak boleh berterus terang dengan status sebenar kilang Lynas,” kata Fuziah dalam surat tersebut.
Wah!!! Kalau kena pada orang, bukan main lagi dia surug bagi penjelasan dan sebagainya ye. Tapi kalau dia yang buat, kenapa tak nak bagi penjelasan pulak?

Bukan ke sebelum ni Ahli Parlimen PAS Hulu Langat dah kata yang Si Fuziah ni juga turut menyelewengkan fakta berkaitan dengan kilang tersebut?

Si Fuziah Thoron tu kata bahawa kilang Lynas ni adalah Kilang Reaktor Nuklear dan perkara tu yang disebut oleh Dr. Che Rosli sebagai satu penyelewengan fakta.

Jadinya, dia juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut. Itu pun kalau dia rasa dia perlu bertanggungjawab terhadap rakyat.

Tapi kalau dah dasar penipu tu nak buat macam mana ye tak. Nak pulak kalau apa yang dia buat tu hanya untuk Kepentingan diri dia sendiri. Bukannya dia nak sangat berjuang untuk rakyat ni!!! Menipu pun tak pe, asalkan dia dapat sokongan!!!

Ps: Kalau kita nak persoalkan kenyataan Si Fuziah Thoron ni mengenai kilang kimia yang mengeluarkan bahan sisa radioaktif, rasanya banyak lagi kilang lain yang macam tu.

Persoalannya, kenapa dia hanya mempertikaikan kilang Lynas tu sahaja dan tidak kilang - kilang lain di Gebeng? Nampak sangat kat situ je Si Fuziah dah kantoi menipu!!! 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tak payah layan la si Fuziah ni. Mesti dulu fail Sains. Jadi pengajaran kepada guru2 Sains diluar sana. Ajar anak murid anda sampai faham. Jika tidak dah besar menyusahkan kerajaan kerana lembap tak faham apa dan dah diterangkan pun tak faham-faham lagi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping