Rabu, Disember 28, 2011


Apa, diorang ingat setakat jaga Pilihan Raya je ke yang perlukan 'Pembersihan'? Dalam kehidupan seharian, tak perlu dibersihkan ke sampai dibiarkan begitu sahaja?

Tapi nak buat macam mana ye tak. Kalau dah Si Ketua Penipu tu pun takut nak membersihkan diri sendiri dari sebarang 'konspirasi', inikan pulak nak jaga Kebersihan Negeri.

Dia dah terima banyak peluang, tapi semuanya disia - siakan begitu sahaja. Tak de sekali pun dia berusaha untuk membersihkan imej dia dari tuduhan yang dia maksudkan. Jadi, amcam mana dia nak jaga Kebersihan Negeri!!!
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Rakyat Selangor mahu isu sampah yang menyebabkan negeri itu dilihat semakin kotor akibat kegagalan kontraktor melaksanakan tugas dengan berkesan diselesaikan segera secara profesional tanpa dipolitikkan.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, hasil soal selidik yang dilakukan oleh persatuan itu November lalu mendapati lebih 300 responden sudah bosan dengan sikap menuding jari antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor mengenai masalah tersebut.
"Rakyat mahu kerajaan negeri mengutamakan hak mereka kerana pengguna telah membayar perkhidmatan itu.
"Mereka mendesak agar isu ini diselesaikan dengan cara profesional, bukan asyik bergaduh sesama mereka disebabkan hal politik masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai masalah longgokan sampah tidak diangkat yang menjadi aduan terbanyak diterima oleh PBT negeri itu selepas hampir dua bulan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan Alam Flora.
Menurutnya, lebih malang apabila ketiga-tiga pihak berkenaan seolah-olah tidak bekerjasama dan tidak berhubung antara satu sama lain.
"Isu ini berpunca daripada soal pelaksanaan tugas, namun kini apa yang tangan kanan buat, tangan kiri tidak tahu, akibatnya timbul macam-macam masalah lagi," ujarnya.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan negeri agar menubuhkan sebuah unit khas yang diwakili pelbagai pihak bagi memantau kerja-kerja yang dilakukan kontraktor terpilih.
Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berkata, Kerajaan Negeri Selangor seharusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik selepas menamatkan kontrak Alam Flora yang dikatakan gagal melaksanakan tugas.
"Tetapi apa yang berlaku keadaan semakin teruk. Mungkin kontraktor yang dilantik tidak mempunyai pengalaman melakukan kerja-kerja ini. Malah, penduduk juga tidak disediakan dengan kemudahan talian aduan berpusat seperti yang ada sebelum ini, jadi sukar bagi mereka untuk mengadu masalah," ujarnya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Nak buat macam mana sendiri yang pilih Kerajaan.
    Yang dituduh seburuk2 Kerajaan dulu taklah sampai satu negeri busuk.

    Bukan di Selangor sahaja di Kedah lagilah teruk. Bukan baru, dah 3 tahun hidup dengan lalat dan langau.

    BalasPadam
  2. himpunan bersih negeri kotor

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping