Itu antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Din Pudu berkaitan dengan desakan agar PAS mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Kedah sebelum ini.
Kata dia, Parti Aangguk Saja tu tidak akan sewenang - wenangnya memecat orang tanpa sebarang sebab tertentu yang munasabah.
Dia juga turut menafikan spekulasi berkaitan kemungkinan Tok Jan akan menerima nasib yang sama dengan Datuk Dr. Hassan Ali.
PAS menolak tanggapan dan spekulasi tentang kemungkinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turut dipecat, sebagaimana nasib Hasan Ali, berikutan keengganan beliau campur tangan dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan PAS bukanlah satu parti yang akan memecat ahli sewenang-wenangnya, lagipun isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza."PAS bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang hanya melihat siri pemecatan dari PAS. Jadi, tidak mengamalkan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang."Ia hanya dibuat pada waktu-waktu dan ketika yang cukup kritikal. Jadi saya rasa ini hanya mainan media untuk menggambarkan perkara-perkara negatif mengenai PAS," katanya dipetik Sinar Online.Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini lagi, isu Azizan hanyalah menyentuh berkenaan teknikal, berkenaan pelaksanaan AUKU di KUIN, manakala Hasan Ali melibatkan penentangan dasar parti secara terbuka.
Memang la kemungkinan tu takkan berlaku sebab Tok Jan tak secara terang - terangan menetang dan mengkritik Si Ketua Penipu tu.
Apa yang Tok Jan buat hanyalah tidak mengikut kehendak dan kemahuan yang dituntut oleh budak - budak Mahasewel tu sahaja.
Dan Tok Jan jugak enggan mengikut 'wahyu' yang diturunkan oleh Si Ketua Penipu tu melalui Al - Kitab Buku Jinggay dia. Itu sahaja yang Tok Jan buat. Jadi, mana mungkin Tok Jan akan dipecat!!!
tok jan tu mb kedah mana buleh pas pecat, tapi tok jan dah pecat jawatan ustaz taib, memang parti pas ni parti asobiyah sejati mana-mana bukan puak dia, dia akan pecat, din pudu dok mohong apa tuih.
BalasPadamtak pecat pancas..je
BalasPadamPAS tak pecat ahli ikut suka... tapi ikut arahan DAP dan PKR..... hahahaha....
BalasPadamsaya minta tolong sangat sangat dgn Pas jgn le pecat tok jan sebab dia tua dan uzur.Kecian le kt dia.Takut nanti dia join plak ngan hasan ali.
BalasPadamKenapa PAS tak boleh pecat Azizan?..bukan ke dia menentang dasar2 Pakatan Rakyat yg dipersetujui bersama antara DAP, PKR dan PAS...dan bukan ka Azizan terang2 menentang buku Jinggay.
BalasPadam