Jumaat, Januari 06, 2012

Muka Macam Ni Nak Jadi Imam???
Apa tujuan Hassan Ali nak arahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil Badrul Amin yang juga merupakan Ustaz Imam Mahdi ni?

Dia nak suruh JAIS siasat dan tanya dengan lanjut ke mengenai dakwaan yang dibuat oleh Badrul yang menyifatkan Si Ketua Penipu tu sebagai Imam Mahdi?

Ye la. Mana tidaknya. Dalam dunia ni hanya dia je yang boleh menyatakan yang mana satu Imam Mahdi dan mengangkat orang sebarangan untuk jadi Imam Mahdi ni.

Mana ada orang lain yang layak nak buat macam tu melainkan dia je. Dan orang yang dia pilih tu pulak ialah Si Ketua Penipu tu sendiri, yang memang dah sah banyak khilafnya.

Kot ye pun nak angkat orang dan nak kipas 'Bontot' dia, takkan la sampai dia sanggup menyamakan Si Ketua Penipu tu dengan Imam Mahdi!!! Nak menipu pun agak - agak la jugak!!! Jangan la melampau sangat!!!
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya memanggil penceramah agama Badrul Amin Bahron. 

Beliau berkata, ini berhubung klip ceramahnya yang seolah-olah menyamakan Penasihat Parti Keadilan Rakayat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.
Katanya, tindakan itu perlu bagi JAIS meneliti teks ceramah dan mendengar sendiri penjelasan Badrul Amin yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam, berhubung isu itu.
"Saya minta JAIS panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hasan berkata, Badrul Amin tidak sepatutnya mengagungkan seseorang dengan mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka yang mendengarnya.

Katanya, Badrul Amin perlu menjelaskan kenyataannya mengenai perkara itu bagi menjaga nama baik dan reputasinya selaku pendakwah serta penceramah yang disegani.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Badrul Amin yang seolah-olah mengaitkan Anwar sebagai Imam Mahdi apabila merujuk Anwar sebagai pemimpin yang mampu menyatukan umat Islam atau paling tidak menyatukan dunia Arab.
Badrul Amin membuat kenyataan itu dalam satu ceramah dan video ceramah tersebut yang dimuat naik ke Internet pada Disember lalu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Gila Badrul Amin. Pergi ajar budak mengaji pun bagus. Nak jadi PM pun Nuar terkial kial mendapatkannya.

    Jadi ketua pembangkang ibarat ayam berkokok ekor berlumuran tahi. Lagi nak menyatukan Islam dan dunia arab.

    Dunia Arab dah demo habis habisan. Nak cetuskan pun tak cerdik macam Arab lagi nak ajar orang Arab.

    Nak ajar itik berenang..... semak semak sikit otak tu.

    BalasPadam
  2. tak payah nak tunggu imam mahdi dah,sebab imam mahdi dah lama wujud di dalam diri manusia.Imam mahdi dah ada wujud didalam diri manusia apa pula nak nanti2 kan kadatangan mahdi lagi,pkr jangan nak tipu rakyat lah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping