Rabu, Januari 18, 2012


Fuh!!! Nak terkencing Semut bila dengar Si Mahfuz Bean ni keluarkan kata - kata berbaur ugutan. Tak pernah lagi kita dengar dia cakap macam ni. Sampai berbuih - buih mulut.

Selalunya kita dengar Si Mahfuz Bean ni mengarut benda yang bukan - bukan je sebab tahap kecerdikan dia lebih kurang je macam Si Mat Syabun tu. Otak letak kat lutut!!!

Tapi mungkin jugak Si Mahfuz Bean ni nak bukak syarikat keselamatan dan jadi Bodyguard peribadi untuk jaga keselamatan Hassan Ali. Itu pun kalau dia ikhlas la. Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.


Bagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.


Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.


"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.


"Saya juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam.


Ketika ditemui selepas itu, Mahfuz turut memberi jaminan bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat akan membenarkan Hasan yang mahu menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan isu pemecatannya itu.


"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.


Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. sudahlah hang mengajipuntak takat mana,lepas tu ada hati nak cabar sana sini dan nak tunjuka ajar kat pelajar u.poh dah

    BalasPadam
  2. kami lagi ketar lutut tgk semut hitam mengencing org bodoh umno-apco. kihkihkihkih.. jgn jadi mcm papagomo dan parpukari sudah la.. kihkihkih.....

    BalasPadam
  3. betoi mahfuz tu tah apa2 bukanya bijak tp belagak je lebih sampai berbuih2 dulu dia ni keja poter kat airpot je

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping