Haduh!!! Sudah - sudah la tu Mahfuz oi!!! Bawak - bawak la mnegucap. Sedar - sedar la diri tu sikit sebelum bercakap benda yang bukan - bukan ni.
Tak cukup lagi ke dia dok merapu tak tentu arah ni? Tak puas lagi dia nak buktikan kepada rakyat Malaysia yang dia ni sebenarnya Bean...ngai?
Semalam pun dia buat hal lagi dengan mencabar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah agar mengambil tindakan terhadap akhbar Australia, Sydney Morning Herald.
Akhbar tersebut dikatakan telah membuat laporan bahawa Datin Seri Rosmah telah berbelanja sebanyak RM 325,000 disebuah butik baru - baru ni.
Sebelum ni pun, akhbar tempatan Australia juga turut membuat laporan dengan menyebut bahawa anak kepad Perdana Menteri turut berbelanja sakan.
Akhirnya, bila perkara sebenar diketahui, akhbar tersebut terpaksa menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf kepada keluarga Perdana Menteri.
Apa yang Semut herannya, kenapa pulak Si Mahfuz Bean ni sibuk - sibuk nak suruh Datuk Najib dan Datin Rosmah saman akhbar tersebut?
"Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu."Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa-apa tindakan undang-undang, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Apa faedahnya yang dia akan dapat sekiranya Perdana Menteri ambik tindakan tersebut? Dimana ruginya Si Mahfuz ni jika PM bertindak sebaliknya?
Suka hati PM la sama ada dia nak saman atau tidak akhbar tersebut jika mereka tersalah lapor. Cukup la diorang setakat meminta maaf.
Bukan macam pemimpin Pakatan Pembangkang tu. Sikit - sikit saman. Semuanya nak duit free belaka. Bukannya nak menegakkan Kebenaran sangat pun sebenarnya.
Daripada Si Mahfuz Bean ni sibuk - sibuk suruh PM saman akhbar Australia tu, baik la dia suruh Si Ketua Penipu tu saman BBC atas laporan yang diorang buat sebelum ini.
Ada jugak faedahnya. Lepas tu, bila dah dapat duit tu, jangan simpan. Sedekahkan semuanya kepada tabung Gaza. Jangan setakat cakap je pandai, tapi bila suruh buat, pura - pura sakit otak pulak!!!
Aku ingat kalau Mahfuz bayar sewaan peguam, mungkin Najib boleh saman akhbar Australia tersebut.
BalasPadammr mahfuz bean buat lawak bodoh yag memalukan pas. takdaq ciri kepimpinan islam langsung.
BalasPadam