Khamis, Januari 19, 2012


Kesian Semut tengok puak - puak Parti Angguk Saja ni. Semakin hari, semakin jauh dah perjuangan menegakkan Islam mereka.

Dulu diorang gugurkan perjuangan Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan yang selama 50 tahun lebih diorang abaikan.

Sampai hari ini, puak - puak PAS ni masih GAGAL menjelaskan kenapa baru sekarang diorang nak jaga kebajikan rakyat? Itu satu persoalan yang menghantui mereka.

Itu satu hal. Dalam perkembangan terkini, puak - puak PAS di Selangor tu kini hanya menjadi Jaga kepada Adat Resam Negeri je.

Wakil mereka yang dilantik menggantikan Datuk Dr. Hassan Ali hanya diberikan portfolio untuk menjaga Adat Resam Negeri sahaja.

Manakala Hal Ehwal Agama Islam pulak akan dijaga oleh Si Khalid Gagap tu pulak. Soalnya, siapa Si Khalid gagap tu nak jaga portfolio tersebut?

Selama hari ini pun, Si Khalid Gagap tu dilihat banyak membelakangkan tindakan Datuk Dr. Hassan Ali dalam beberapa isu berkaitan dengan agama Islam.

Dia juga diantara pemimpin yang marah dengan tindakan Hassan Ali mengarahkan JAIS memeriksa Gereja DUMC. Sampai hari ni, kes tu masih tidak didedahkan kepada umum.

Seolah - olah Si Khalid Gagap tu nak tutup buku dan tidak membenarkan rakyat Selangor tahu perkara sebenar mengenainya.

Selain itu, hanya mendiamkan diri apabila pihak - pihak tertentu mempersoalkan pasal kuasa JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor. Adakah kali ini dia juga akan bertindak sedemikian?

Persoalan paling utama sekali ialah kenapa portfolio Hal Ehwal Agama Islam tu tak diberikan kepada wakil PAS yang baru ni? Adakah dia pun tak layak nak jaga portfolio tersebut?

Apa bangsatnya PAS ni sampaikan mereka tidak lagi diberi kepercayaan untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Selangor?

Inilah perjuangan Islam yang sering dibangga - banggakan oleh PAS selama hari ini. Mana satu jadi dasar perjuangan mereka sebenarnya? Adat Resam atau Agama Islam!!!

Ps: Pendedahan mengenai isu ini, klik disini
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Penasihat kpd musibat. Parti & pemimpin PAS hanya boneka kpd Pakatan Pembangkang. Sama juga di Pulau Pinang, wakil rakyat PAS tidak diberi jawatan menjaga Hal Ehwal Agama Islam sebaliknya wakil rakyat PKR (Malik Kassim). Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dlm. memporak porandakan bangsa melayu yang beragama islam kerana PAS mementingkan duniawi dari akhirat.

    BalasPadam
  2. Sekarang PAS jaga Muzium..adat resam Melayu mcm Lenggang perut, bercukur jambul, bersunat, bertindik dll..dan juga bola sepak dan sukan-sukan lain.. Parti Adat & Sukan (PAS) la katakan..heheh

    BalasPadam
  3. Bagus komen kedua-2 anon diatas.
    Dulu PAS - Parti Angguk dan Sengih kini boleh tukarnama kpd Parti Adat dan Sukan sajalah.
    Begitulah penghinaan kpd perti yang kononnya memperjuangkan islam, tapi umpama jwt kuasa masjid, jwtan tok siak pun tak lekat, diberi jwt tukang kebun masjid saja hahaha. Padan dengan kerjanya memperguna agama untuk kepentingan politik tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping