Rabu, Januari 04, 2012

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakarupan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melakukan apa sahaja pada 9 Januari nanti kerana Ketua Pembangkang itu kini berada dalam keadaan sangat terdesak.
Malah bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun itu berkata, tidak mustahil Ketua Umum PKR tersebut yang kini ‘tidak lena tidur’ menunggu keputusan mahkamah pada Isnin depan, bersumpah depan al-Quran, kononnya beliau tidak bersalah demi membangkitkan sentimen rakyat.
Sehubungan itu beliau menyeru pihak polis serta Kementerian Dalam Negeri supaya bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang menganjur dan menyertai ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ kerana jika tidak dibendung segera, tidak mustahil bakal berlaku pertumpahan darah.
“Bagi saya apa pun keputusan mahkamah pada Isnin depan, sama ada Anwar akan didapati bersalah meliwat atau tidak, dia bukan seorang pemimpin yang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri. Selama 30 tahun bersahabat, saya tahu moral dia terlalu rendah.
“Saya menyaksikan segalanya, dia boleh menjadi imam pada malam hari tetapi keesokan pagi melakukan maksiat yang dilaknat agama Islam. Dia bukan seorang muslim baik yang layak untuk diangkat menjadi pemimpin kerana saya tahu segala aktiviti gelapnya.
“Apa yang berlaku ke atas diri dia sekarang (dakwaan liwat) bukan konspirasi politik sebagaimana didakwa pembangkang tetapi hukum karma daripada tuhan kerana sikap buas dan rakus beliau dalam melayani nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Justeru, Nallakarupan menyeru kepada seluruh rakyat khususnya golongan mahasiswa yang terpesona dengan pembohongan ketua pembangkang, agar jangan mengulangi kebodohan beliau dan bekas orang-orang rapat Anwar seperti yang berlaku pada 1998.
Katanya, dia dan beberapa bekas pemimpin PKR seperti Senator Ezam Mohd. Nor sanggup meringkuk dalam penjara demi Anwar tetapi akhirnya membuat keputusan meninggalkan Ketua Umum PKR tersebut selepas tersedar siapa sebenarnya ketua pembangkang itu.
Ps: Mungkin lepas ni lagi tak lena la Si Ketua Penipu tu tido bila dah disumbat ke dalam penjara Sungai Buloh kelak.

Ye la. Mana dia nak cari 'penyedap' bila dah masuk ke dalam tu nanti. Kalau kat luar ni tahan la dia boleh 'balun' depan belakang sesuka hati dia.

Kat dalam tu nanti, dia nak balun sapa pulak? Kat dalam tu mana ada Chinadoll. Tapi, siapa suruh dia buat pasal ye tak. Sekarang ni, sendiri dah cari pasal, sendiri tanggung la!!! Baru Padan Muka Dia!!!

1 ulasan:

  1. Apa la korang kata tak da penyedap kat Sg Buloh tu...!

    Macham2 ada di sana ..yeehaa !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping