Rabu, Januari 18, 2012


Halamak!!! Apa cerita ni? Dengar kata Dr. Abdul Rani tu GAGAL dalam permainan psikologi dia untuk merebut jawatan sebagai Exco Negeri.

Sebelum ni, Dr. Rani dah cakap yang dia tak kisah jika tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hassan Ali.

Tapi puak - puak PAS Selangor julang nama dia bagai nak rak mengharapkan agar dia sangkut jawatan tersebut. Sekali, hampa belaka semuanya.

Dikalangan ahli - ahli PAS lain pun dah tau yang kenyataan Dr. Rani sebelum ini hanya taktik dia untuk tidak dilihat beria - ia sangat nak jawatan tu. Semuanya wayang belaka.

Sekarang, wayang dia tu dah jadi kenyataan. Jadi buat rugi je la dia seru ahli - ahli PAS agar turun menyokong Si Ketua Penipu tu meliwat sebelum ni!!!
KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kejutan berlaku di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai exco kerajaan negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.
Keputusan itu dilihat mengenepikan calon pilihan ramai iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.
Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi ini dengan disaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan ahli majlis mesyuarat yang lain.
Sebelum ini PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keanggotaannya.
Semalam Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menafikan dakwaan bahawa perselisihan dengan Istana akan menjejaskan peluang Abdul Rani dilantik exco.
Utusan Malaysia semalam menyebut Abdul Rani berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat perkenan Sultan Selangor bagi dilantik sebagai exco berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar selain kritikan beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada kerajaan negeri Perlis.
“Kita (PAS Selangor) sebulat suara mencadangkan pesuruhjaya (Abd Rani) untuk menggantikan Dr Hasan dan setakat ini kita lihat tiada masalah dengan cadangan itu.
“Kita hanya berikan satu nama sahaja kepada kepimpinan PAS pusat, tapi kita masih belum dapat sebarang maklumat terbaru daripada PAS pusat dan juga menteri besar,” kata Mohd Khairuddin.
Abdul Rani menjadi calon pilihan untuk menggantikan Hasan yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Ps: Rasa - rasanya, Exco baru ni mampu ke tidak nak menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali dalam menegakkan Islam? Kalau nak harapkan orang lain, tunggu kiamat pun diorang takkan mampu!!! 
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. bro, kalau NOH OMAR jadi pengerusi Jais boleh ke? dia nampak macam orang warak lah bro. berseri2 muka dia.

    BalasPadam
  2. Dr. Rani tak kemarukla nak jadi exco....khemah nak buat kenduri kesyukuran kat laman rumah boleh buka balik la....no problem punya....:-)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping