Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.Berbanding dengan syarat-syarat yang dikenakan sewaktu perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di Kuala Lumpur bulan lalu - yang melarang semua jenis risalah dan kain rentang serta pembesar suara - polis Kuantan nampaknya lebih lembut.
Manakala risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.
Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.Syarat-syarat lain ialah:
- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
- Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
- Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
- Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.
Ps: Sepatutnya, pihak Polis juga perlu turut memasukkan satu lagi syarat bagi penganjuran Himpunan Hijau esok iaitu - Jangan Buat Maksiat Dengan Isteri Orang!!!
Dengan cara ini, dapat jugak la pihak penganjur mengelakkan insiden tangkap khalwat pemimpin PKR semalam berulang kembali.
Bukan apa, takut nanti yang datang 10 orang. Tapi balik, kurang pulak jadi 8 sebab dua lagi kena tangkap berkhalwat!!! Yang semalam dah kurang sorang. Yang sorang lagi tu bukan boleh kita percaya sangat. Dia apa sahaja dia balun, bukan kira jantan ke betina!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.