Diatas merupakan 'Printscreen' yang diambil dari salah sebuah blog Pro Pakatan Pembangkang yang ada di Pahang.
Jelas, tajuk artikel itu sahaja sudah nampak terpesong dari akidah sebenar bagi setiap umat Islam. Adakah dibenarkan kita untuk mempersoalkan perkara sedemikian?
Lihat bagaimana mudahnya mereka memperalatkan nama Nabi Muhammad didalam artikel mereka untuk menyerang seorang muslim seperti Datuk Dr. Hassan Ali.
Ternyata, apa yang disoal oleh blog terbabit memang tidak wajar dilakukan. Dan kita juga boleh bertanya semula, adakah mereka sahaja yang ikut nasihat Rasulullah?
Bukankah Rasulullah pernah menasihati umat Islam agar bersatu padu sesama Ummah dan mengenepikan kepentingan peribadi semata - mata kerana Allah S.W.T?
Soalnya sekarang, adakah nasihat itu diikuti dan dituruti oleh puak - puak Pakatan Pembangkang, terutama sekali dari kalangan PAS sendiri?
Soalan yang sama juga boleh diajukan kepada mereka. Andaikata Nabi Muhammad menasihati mereka agar meninggalkan Si Ketua Penipu, adakah mereka akan ikut?
Rasulullah S.A.W pernah berpesan agar kita tidak terjebak dalam perkara - perkara yang 'Subhah' yakni perkara yang kita sendiri ragui.
Adakah mereka mengikuti pesanan Rasulullah ini padahal dalam masa yang sama mereka sendiri tidak yakin dengan Si Ketua Penipu itu?
Jika tidak, kenapa mereka mengajukan soalan kepada Si Ketua Penipu tu berkaitan dengan sokongan terhadap Israel, isu video seks dan isu liwat serta sebagainya?
Dan pernah atau tidak Rasulullah berpesan agar kita kafir mengkafirkan sesama Islam? Kalau tidak pernah, kenapa diorang buat jugak perkara ini?
Tidakkah tindakan tersebut merupakan satu tindakan ingkar terhadap perintah Rasulullah? Sudah - sudah la. Kot ye pun nak tegakkan benang yang basah, jangan la sampai terpesong dari akidah!!!
bangang punya bloggers.... pendek akal !
BalasPadam