Khamis, Februari 16, 2012



SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan kontroversi ekoran temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu berkata, PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Ps: Nampak gayanya, Si Ketua Penipu tu tetap dengan pendirian dia menyokong Kedaulatan Negara Rejim Zionis Israel yang dah banyak bunuh umat Islam di Palastine.

Dalam erti kata lainnya, Si Ketua Penipu tu telah memperakui kewujudan sebuah Negara yang tetap dikecam oleh puak - puak PAS selama hari ini.

Jadi, jangan harap la Si Ketua Penipu tu akan buat kenyataan terbuka dengan mengatakan yang dia tidak menyokong Keselamatan Israel seperti yang dituntut oleh Majlis Syura.

Adakah PAS masih tetap akan menyokong Si Ketua Penipu tu walaupun hakikatnya dia kekal menjadi penjilat tegar kepada puak - puak kejam rejim zionis tu?

Atau adakah mereka akan meninggalkan dia? Sudah - sudah la menyokong Si Ketua Penipu tu. Diorang sokong dia pun buat mengabihkan masa je.

Jelas sangat perjuangan merka bertentangan antara satu dengan yang lain. Jadi, nak disokong lagi buat apa? Tak mustahil kalau Si Ketua Penipu tu jadi Perdana Menteri, Kedutaan Israel ni akan dibuka kat Malaysia ni!!! Takkan itu pun diorang tak sedar jugak!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. oi dol. orang tu suruh ko tarik balik kenyataan. ape yang ko merepek ni. paham ke tak paham

    BalasPadam
  2. anwar ibrahim mmg tools Israel..no wonder la beliau xmention apa2 ttg kenyataan yg di da wat at WSJ...kali da nama lidah cabang,kaki putaq belit...nk heran ape...mga ALLAH berikan dia umur yang panjang agar sempat bertaubat.Marilah kita berdoa utk beliau.amin

    BalasPadam
  3. dah banyak pelaburan dia dlm bsnk sane...israel guna dulu beli peluru bedil rakyat plastine...tak an dia nak tarik balik kata2 dlm wsj...nanti tak dpt duit belanja pru

    BalasPadam
  4. Kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menyokong....

    BalasPadam
  5. dia sokong israel sebab hendakkan bantuan dana dari israel untuk berkempen buat perhimpunan bersih dan macam macam lagi.kalau pkr menang nanti munkin dia akan lari ke israel dan memohon perlindungan[suaka bin puaka politik]sementara tentera dari kuasa kuasa besar datang kemalaysia untuk meredakan huruhara disini.yang jadi mangsanya orang orang melayu[termasok aku].

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping