"Suasana memang meriah di dalam bilik mesyuarat yang disewa di hotel Q itu. Di atas meja ada beberapa biji karipap yang belum diusik. Mungkin tidak diusik kerana menghormati pengerusi mesyuarat yang memang gemar makan karipap…
Sesekali suasana di bilik itu gamat dek kerana gurauan pengerusi dan ketawa yang dibuat-buat bagi membodek boss mereka itu. Sebenarnya, mereka hadir setelah dipanggil boss mereka untuk bermesyuarat dan diberikan taklimat kepada para wakil rakyat.
Lupa pula nak diberitahu, mereka merupakan wakil-wakil rakyat dari sebuah parti politik…Sedang mereka bertepuk bertampar sesama sendiri, tiba-tiba telefon bimbit boss mereka berbunyi, menerima satu sms.
Mungkin malas nak mencapai dan membaca sms tersebut, boss telah mengarahkan seorang “macainya” yang bernama Zulkifli Noordin (bukan nama sebenar!) untuk membuka dan membaca sms itu bagi pihaknya…
“The boy had lodge the report..!” kata Zulkifli membaca sms tersebut kuat-kuat supaya didengar bossnya dengan jelas .Sejurus mendengar perkataan yang keluar dari mulut Zulkifli itu, Anwar Ibrahim (bukan nama sebenar juga!) terpaku.
Terkedu dan terbongek! Mukanya berubah serta merta menjadi pucat lesi bagai nampak hantu Mak Lampir di depannya… Tersedar dari kedunguan itu, Anwar berubah pula menjadi panik. Gelabah biawak!
Habis diarah untuk menghubungi peguamnya yang juga salah seorang pemimpin politik tertinggi sebuah parti dan beberapa orang “think tank”nya…
Setelah itu, Anwar bergegas bersama isterinya, Wan Azizah (juga bukan nama sebenar!) ditemani Zulkifli menuju ke bilik hotel. Kelam kabut sungguh jadinya Anwar.
Di dalam lif, terjadi beberapa aksi yang tidak dapat diceritakan buat masa ini kepada pembaca memandangkan ia telah di”sensored”. Namun, khabarnya memang panas aksi kedua suami isteri itu…heh!
Setibanya dibilik hotel, keadaan Anwar semakin tidak terkawal. Panik, takut dan gelabahnya semakin bertambah-tambah. Lebih teruk lagi, Anwar merepek-repek, meroyan-royan tak tentu pasal mengandaikan perkara yang bukan-bukan…macam mak nenek nampak bunian!
“Habis la aku…jijah..mati la aku…habis…Zul..cuba tengok tu ada kereta polis..tu nak tangkap aku la tu…tak pun nak bunuh aku..!” racaunya bagai orang gila sebelum menyorok dalam selimut sambil menggigil ketakutan.
Wan Azizah dan Zulkifli hanya menggeleng-gelengkan kepala dan cuba menenangkan Anwar. Setelah beberapa ketika,keadaan reda. Anwar sudah kurang ributnya.
Mereka dimaklumkan bahawa mereka-mereka yang dipanggil Anwar tadi sudah tiba di bilik mesyuarat hotel Q dan menunggu “pemimpin anugerah gay” itu. Anwar, isterinya dan Zulkilfli bergegas turun.
Maka mesyuarat yang pada asalnya bertujuan berbincang tentang peranan wakil-wakil rakyat parti kencing rakyat itu telah bertukar kepada agenda menyelamatkan Anwar dari pertuduhan “the boy”.
Menurut maklumat yang diterima, “the boy” melaporkan pada polis tentang aktiviti gelapnya yang suka meliwat budak-budak jambu. Dalam ertikata lain, Anwar kantoi lagi kali ini dan kes kali ini sangat kuat memandangkan ia baru saja berlaku!
Ada dikalangan “think tank” itu mencadangkan supaya Anwar lari saja ke luar negara. Namun, setelah berbincang, mereka sepakat mengikut kehendak boss mereka itu untuk melarikan diri ke dalam Kedutaan Turki (bukan negara sebenar..) memandangkan dia rapat dengan Erdogan di sana.
Namun, timbul pula persoalan di kalangan mereka. Apa alasan yang nak diberikan sekiranya Anwar sembunyi di Kedutaan Turki? Bunuh! Yaaaa…Bunuh!
Anwar sebut perkataan itu berulang-ulang kali sebelum itu menyatakan ada orang nak bunuh dia. Itu boleh jadi alasan mereka (walaupun tak logik sikit pun!).Siapa pula yang nak buat kenyataan itu? Kalau Zulkifli yang buat kenyataan tu pada media, tak berapa nak kuat pulak.
Ya..isterinya! Kalau Wan Azizah yang buat kenyataan itu sambil melenangkan airmata wanitanya, pasti ramai yang percaya dan terpedaya! “Tahaluf Siyasi” tu…orang-orang PAS mesti faham, kan?
Dengan itu, kata sepakat telah dicapai. Akhirnya Anwar berjaya juga menyembunyikan diri dala Kedutaan Turki. Itupun kantoi beberapa hari kemudian apabila tempat persembunyiannya itu terbongkar!
Kecoh la lepas tu. Tapi dengan lakonan hebat dari Wan Azizah…ramai yang terpercaya dan terpedaya. Sebenarnya dari dulu Anwar dakwa ada orang nak bunuh dia. Tapi sampai sekarang dia dikatakan bebas keluar masuk negara dan sihat wal afiat je keadaannya…
Ps: Kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia. Tapi kalau ada kaitannya, itu secara tak sengaja melainkan dia dah termakan cili. Jadi rasa la pedasnya, ye tak. Hehehe...
Published with Blogger-droid v2.0.4
Ps: Kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia. Tapi kalau ada kaitannya itu secara sengaja memang elok lah dan padan muka, sebab gatal sangat.
BalasPadamPenggarapan cerita yang baik. Lebih elok jika dapat difilemkan. Pihak Omega tentu mahu menjadi penaja utama...
BalasPadamKY Jelly pun nak taja jugak!!!
BalasPadamKaripap dan milo suam tak sama ditaja ke?
BalasPadam