Khamis, Februari 02, 2012

Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.
Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari keterlanjuran Anwar ini.
Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.
Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil “an after thought”.
Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama.
Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.
Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan “depa tak reti Inggeris”.
Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawab apabila bantahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC. - IB
Ps: Agaknya Dewan Ulama PAS ni perlu pergi berjumpa dengan Si Wali Terompah tu untuk mendapatkan penjelasan sebab dia dah tengok video tersebut. Lagi pun, dia faham Bahasa Inggeris!!! Hehehe...
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Keputusan mahkamah pada 9 Januari agak mengecewakan hampir seluruh rakyat yang prihatin dan peka dengan isu peliwat ini. Tetapi kita tidak terfikir dan terlintas langsung akan berlaku perkara2 yang tanpa dirancang telah membogelkan watak sebenar peliwat ini. Daripada isu liwat, undang2 lapok, isu Israel, semuanya menunjukkan jijiknya watak peliwat ini. Maka itulah sebenarnya apa yang Allah telah rancang untuk negara Malaysia yang tercinta ini. Supaya terhindar dari rusuhan dan huru hara pada 9 Januari tetapi orang yang bersalah tetap mendapat pembalasannya. Maha besar kekuasaan Allah dan betapa Allah sayang kepada kita semua.

    BalasPadam
  2. Dalam segala kegembiraan, Allah akan turunkan kesusahan utk kita ingatkan Allah. Malaysia adalah negara paling selamat dan murah rezeki tanpa kesusuhan dan bala yg besar. Kita syukur roh kita di lahirkan di muka bumi ini. Walaupun kita terpaksa kongsi tanah tumpah darah kita dgn cina DAP (bukan semua cina) kita masih selesa mengerjakan ibadah. Datangnya suatu Syaitan Besar menyamar seperti anugerah Tuhan adalah utk umat Islam menyedari diri untuk bersatu. Ini adalah suatu pemberian Allah untuk kita org Melayu bersatu menyingkir Syaitan Besar ini yg bertopeng Islam, lebih dasyat dan kejam dari Yahudi. Marilah kita sama2 berdoa dan meminta Allah jauhi kita dari Syaitan2 ini sebab bila tamat Syaitan Besar ini, kita mesti ingat generasi Syaitan ini masih berkeliaran di muka bumi ini dan sebab itu kita sentiasa mesti berjaga dan menangkis kencing2 Syaitan ini dan keturunan nya. InsyaAllah dengan doa kita, kita akan dilindungi dan berjauhi dari Syaitan2 dan bala2 ini. Wallahualam..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping