Jumaat, Februari 03, 2012



Ketua Dewan Ulama yang semakin membisu dan kurang berperanan, Harun Taib menyatakan, sekiranya Abdul Hadi Awang keluar dari PAS, bukan sahaja kaum Dewan Ulama akan bubar dengan pengunduran kesemua ulama PAS, bahkan akan berpaling dari PAS. 

Dan amaran yang paling keras ialah, jikalau Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke-13, hak menjadi Perdana Menteri perlu diberikan kepada Abdul Hadi Awang, bukannya si meroyan yang membedal China Doll, Anwar Ibrahim.

Ketika Hasan Ali dipecat, PARASIT dalam PAS menyatakan, pemecatan tersebut tidak akan mencacatkan PAS kerana kononnya, pengaruh Hasan Ali tidaklah sebesar mana di dalam PAS. 

Pun begitu, dalam perkembangan terbaru menyaksikan, Hasan Ali bukan sahaja mempunyai pengaruh di kalangan ahli-ahli PAS tetapi juga di kalangan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu.

Tidak lagi dapat disorokkan ialah perkembangan 'tidak sihat' dalam PAS yang menyaksikan ahli-ahli parti tersebut sedang berbalah sesama sendiri. 

Biarpun telah diperingatkan berulang kali tentang bahayanya kehadiran kaum PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP, ingatan-ingatan tersebut dianggap sebagai niat jahat UMNO untuk memecahbelahkan PAS.

Kata dua yang diberikan oleh Harun Taib akan menambahkan lagi kehangatan kedua-dua kem besar dalam PAS. 

Hadi Awang yang kelihatan semakin tertekan dilihat sekarang ini berseorangan dan bersendirian, manakala Majlis Syura dan Dewan Ulama yang selama ini menjadi kebangaan PAS, tidak ubah seperti berhala berserban bisu dan pekak semata-mata. 

Siapakah di kalangan PARASIT PAS yang akan kata Hadi Awang boleh berambus dari PAS kerana PAS tidak lagi memerlukan Hadi Awang?

Kita tunggu sama-sama... Yang pastinya, Harun Taib akan menjadi figur baru yang menghangatkan lagi kaum PARASIT yang terus kepanasan kerana pendedahan demi pendedahan!!! - TFK

Ps: Yang pastinya, semakin ramai orang dah sedar yang Si Ketua Penipu tu tak layak untuk jadi Perdana Menteri sebab ternyata dia seorang Kaki Liwat!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Setelah sekian lama orang melayu umat Islam berpecah belah ! apakah agenda seterus nya ? WallahuAlam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping