Khamis, Februari 09, 2012


Berani atau tidak Si Husam Musang tu untuk menyahut cabaran yang dibuat oleh Datuk Dr. Hassan Ali ni?

Kalau dia setakat tahu bercakap je, baik tak payah!!! Tu budak tadika pun tahu buat!!! Main tuduh - tuduh tak de bukti, apa kejadahnya!!!
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar pemimpin parti itu menunjukkan bukti kononnya beliau 'gila meroyan' untuk menjadi Menteri Besar (MB) termasuk rakaman video percakapan jika ada.


Beliau membuat cabaran itu bagi membersihkan namanya yang teruk terjejas setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwanya bercita-cita menjadi MB Selangor melalui pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno sejurus Pakatan Rakyat (PR) memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.



Menurutnya, isu mengejar pangkat dan jawatan tidak timbul dalam perjuangan politiknya, sebaliknya usaha menyatupadukan umat Islam di negara ini yang menjadi teras utama.



"Saya tuntut pemimpin berkenaan tunjukkan bukti rakaman video dan sebagainya yang boleh menyokong dakwaan kononnya saya gila talak, meroyan hendak jadi MB Selangor selama ini.



"Saya sanggup lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan menjadi Adun Bebas kerana tidak sanggup bersekongkol dengan parasit Pas yang mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam," katanya sewaktu menyampaikan Ceramah Perdana Selamatkan Akidah di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, malam kelmarin.



Turut hadir bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.



Hasan berkata, beliau turut terkilan apabila ada ulama Pas yang menuduhnya sombong dan ego sehingga sanggup tidak membuka pintu rumah dan enggan melayan tetamu.



Menurutnya, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kesemua pemimpin dan ulama Pas berkenaan akan dituntutnya di akhirat kelak.



"Sejurus difitnah seorang ulama Pas menuduh saya tidak buka pintu untuk tetamu, isteri saya terus berasa marah dan sedih kerana senario sebenar menunjukkan keadaan sebaliknya.



"Selama ini, saya menghormati ulama dan tidak pernah menghentam mereka walaupun saya dipecat daripada parti. Hari ini, baru saya sedar wajah sebenar segelintir pemimpin Pas yang layak digelar parasit kerana menggunakan parti untuk kepentingan diri," katanya.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Baru sedar ke pemimpin PAS menggunakan parti untuk kepentingan diri? Bukan guna parti je , Guna Islam , Guna nama Allah dan Rasul pun mereka buat demi kepentingan diri .

    Sungguh malang orang yang kononnya intelek ..tapi hari ini baru sedar ...

    BalasPadam
  2. bila masa Hasan Akidah LEPASKAN jawatan EXCO ? kan ke kena tendang! itupun dah membohong...lepas kerusi DUN x nak plak

    BalasPadam
  3. ckp husam kambing mana bleh pakai...

    niaga kambing pon rogiii....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping