Kalau dengar cerita dari mulut Si Khalid Gagap tu, dia kata Si Punaisihat RM1 tu bagus sangat dalam bab jaga ekonomi. Tapi, ini menda kejadahnya pulak!!!
SHAH ALAM: Alumni Yayasan Selangor mendakwa perobohan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur disebabkan masalah aliran tunai (cash flow) yang dihadapi kerajaan negeri.Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays) Aina Hanim Mohd Lokman berkata kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN).Disebabkan itu, aset tapak kerajaan Selangor yang berstatus tanah institusi pendidikan dan bernilai jutaan ringgit itu terpaksa dikomersialkan untuk mendapat sumber kewangan.Dengan itu, Yayasan Selangor yang mempunyai aset RM300 juta dapat dicairkan dan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaannegeri, katanya.
“Semasa pertemuan alumni dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Yayasan Selangor Ilham Marzuki pada 26 Disember tahun lalu, Khalid sendiri mengaku fungsi asrama penuh di Kuala Lumpur sudah tidak lagi relevan,” katanya dalam sidang media di Hotel Blue Wave di sini hari ini.
Pelajar jadi mangsa
Sementara itu, Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor mempersoalkan tindakan Yayasan Selangor yang menjadikan anak-anak di asrama tersebut dijadikan mangsa kelemahan pentadbiran kewangan kerajaan negeri.
Malah katanya keputusan dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan ibu bapa dan kepentingan 468 pelajar terlibat sedangkan 98 peratus daripada mereka membantah perobohan asrama itu.“ATPN telah dikosongkan dan pelajar perempuan dipindahkan ke blok ATDI manakala pelajar lelaki telah ditempatkan di blok bangunan makmal sains yang telah diubahsuai menjadi blok asrama yang sudah tentu menjejaskan keselesaan pelajar untuk belajar,” katanya.Berikutan ini, beliau berkata pihaknya akan memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang Yayasan Selangor mengkomersialkan tapak tanah itu dalam masa terdekat.“Tindakan kerajaan negeri itu bertentangan dengan penubuhan Yayasan itu sendiri. Bagi kami kalau tiada asrama tiadalah Yayasan Selangor kerana selama ini Yayasan Selangor berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berkebolehan,” katanya.
Baru bab nak jaga Kewangan Yayasan Selangor pun diorang dah kantoi, nak jaga kewangan Negara macam mana?
Itu pun Si Khalid Gagap tu ada hati nak jaga Hal Ehwal Islam? Alamat lagi punah la jawabnya. Dah yang ini pun dia tak terjaga, nak jaga Hal Ehwal Agama menda kejadahnya lagi!!!
Nampak sangat la yang diorang ni memang tak boleh diharapkan sangat. Kalau setakat bercakap je pandai, Baik Tak Payah!!! Tapi bila suruh buat, haram satu pun dia tak pandai!!! Asyik dok menipu rakyat je. Itu je la kerja diorang pun!!!
Ceritanya kalau dijual mereka boleh mark-up harga dan boleh dapat komisyen. Itu cerita sebenar. Mereka tahu Selangor akan terlepas pada BN jadi sebelum blah baik buat duit dulu.
BalasPadamNtahnya...spnjang Bn yg didakwa sbg zalim, perasuah, pecah amanah, pemakan duit rakyat dan bla bla bla... x da pula timbul cerita yg pelik pelik macamni
BalasPadamYg aku perasan Bn yg bina puak puak yg kononnya utk kepentingn rakyat yg mmemusnahkan
puak.puak nih sebenarnya reti ke tidak membela.rakyat nih??