Isnin, Februari 27, 2012


Huh!!! Makin botak la kepala Si Khalid Gagap tu bila dia baca artikel dibawah ni. Sebelum ni dia dengan Khalid Gereja hentam Hassan Ali kerana menipu kononnya.

Diorang desak agar Hassan Ali dedahkan bukti wujudnya budaya memurtadkan umat Islam di Selangor. Sekarang macam mana? Adakah pendedahan Hassan Ali ni satu penipuan?

Sudah - sudah la. Jangan la setakat tau nak kata orang je menipu. Diorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat nak percaya cakap diorang agaknya. Dah jelas yang diorang memang GAGAL nak jaga Kesucian Islam!!! Tu pun ada hati nak salahkan orang konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan video pengakuan orang Islam yang telah dimurtadkan sebagai bukti terdapat ratusan umat Islam di Selangor yang telah menukar agama setakat ini.


Menurut Hasan, bukti itu kukuh kerana benar-benar wujud proses memurtadkan orang Melayu beragama Islam di Selangor.

“Murtad adalah fenomena yang melanda orang Melayu di Selangor. Berlakunya kes umat Islam Melayu yang masuk Kristian secara beramai-ramai yang jumlahnya adalah beratus-ratus.

“Sebab itu jugalah, saya wujudkan Unit Selamatkan Akidah (USA) yang ketika ini terdapat seramai 56 orang di bawahnya, yang sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” katanya berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Selamatkan Akidah di Kemaman.

Menurutnya, mereka yang berada di bawah USA mengakui sendiri telah dibaptis sekali gus mengugurkan kalimah suci ‘Syahadah’ dan meminum air suci.

Hasan berkata, perbuatan memesongkan akidah umat Islam itu dilakukan secara terancang kerana mubaligh Kristian yang didatangkan dari negara seperti Norway, Sweden, Kanada dan Korea Selatan ke negara ini bukan calang-calang dan termasuk mereka yang mempunyai pendidikan peringkat doktor falsafah.

“Dan, bagaimana Menteri Besar Selangor, boleh menafikan perkara ini (fenomena memurtadkan umat Islam) sedangkan Sultan Selangor sendiri baru-baru ini bertitah, yang antaranya pada pemahaman saya bermaksud memang wujud fenomena memurtadkan umat Islam dan baginda melahirkan rasa sedih terhadap perkara itu. Sehinggalah dua hari lalu dalam akhbar Sinar Harian beliau (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) cabar agar saya kemukakan bukti.

"Jadi dalam program Himpun di Kuala Terengganu pagi tadi telah ditunjukkan bukti iaitu menerusi tayangan video pengakuan mereka yang telah dimurtadkan. Ini adalah buktinya,” katanya yang terdahulu turut menyampaikan ceramah pada sama di Kuala Terengganu pagi kelmarin.

Menurut Hasan, beliau mengambil langkah tersebut bagi menangkis tuduhan Abdul Khalid menyifatkannya cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan kepada rakyat kerana terlalu beria-ia untuk menghapuskan gejala murtad.

Rabu lalu, Abdul Khalid meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan siasatan mengenai dakwaan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di negeri itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping