APA sebenarnya status hubungan antara Zarina Anjoulie dengan Alif Aziz? Banyak sangat Syed dengar cerita yang kurang enak pasal mereka sampaikan satu tahap dah tak tahu cerita apa pula yang berlaku.Betul ke mereka tu berhubungan? Sebab banyak sangat cerita yang bertebaran mengatakan Zarina yang syok sendiri. Betul ke macam tu?Bila Syed hubungi Zarina pagi Rabu lalu, dia memang dah jangka cerita tu akan keluar. Sambil menafikan berita tersebut, Zarina cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku.“Siapa yang tak jujur? Dalam isu ini memang teruk saya kena hentam. Orang media pun banyak sangat tanya saya pasal hal ini sampai saya naik lemas.“Saya tak mahu dedah apa hubungan saya dengan dia. Cuma saya tak mahu keruhkan lagi keadaan yang dah memang kusut ni. Cukup-cukuplah nak hentam saya.“Cuma kalau orang nak kata saya yang syok sendiri atau tergila-gilakan dia tu memang tak benar. Dia yang datang pada saya dan cakap tak ada teman wanita.“Kalau dia jujur kenapa dia cakap masih single? Itu belum lagi kisah dia yang saya tak ingin dedahkan. Gambar yang dia peluk saya tu apa pula? Adakah saya jer syok dekat dia sorang-sorang?“Kalau ada yang perasan gelang tangan dan rantai yang dia selalu pakai dah tak ada. Sebab saya simpan. Habis nak saya dedah semua sekali? Saya pun tak mahu buka aib orang sampai terlondeh semua,” kata Zarina.Bersabarlah. Itu sahaja yang Syed mampu katakan. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Jangan sampai ‘terlondeh’ kain sendiri sudahlah.
Ps: Itu baru spekulasi. Dah timbul cerita nak bogelkan orang itu ini. Mungkin sebab dia dah terdesak, maka keluar la ayat macam tu.
Tapi, macam mana pulak cerita Si Ketua Penipu yang dah memang sedia terbogle tu? Bila dia nak ambik tindakan? Yang tu lagi mengaibkan.
Setakat ni, dia hanya menafikan dakwaan tersebut dan hanya mampu mengatakan bahawa ianya merupakan satu fitnah semata - mata.
Jika ianya fitnah, kenapa dia tak nak ambik tindakan? Saman la pihak yang mendedahkan video tersebut. Apa yang dia nak takutkan sangat? Tak ke itu mengaibkan diri serta keluarga dia? Jangan la jadi Dayus!!! Nak jadi pemimpin menda jadahnya kalau dah Penakut macam ni!!!
Tkyh nk berpolitik sgt kalo ilmu stakat longkang..bg jd laut dlu ilmu yg ade tu then br lyk nk berpolitik..nk jd blogger,blogging je..kalo nk ckp politik,g ah jd politician...dasar melayu...
BalasPadamhehe....semangat aku baca..igt fokus kt artis tadi...
BalasPadam