Tak tau la nak kata apa bila baca cerita ni. Sama ada nak rasa ketar lutut atau pun nak gelak berguling - guling bila dengar Si Mahfuz ni mencabar orang.
Terbaru, Si Mahfuz Bean ni cabar Datuk Seri Hishamuddin untuk berdebat dalam apa - apa isu sekali pun. Kiranya Si Mahfuz tu nak tunjuk yang dia pandai sangat la.
Setakat pandai bercakap je buat apa Mahfuz oi!!! Orang pilih suruh dia jadi wakil rakyat supaya dia dapat membantu rakyat. Bukannya suruh dia berdebat!!!
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berdebat dengannya ataspelbagai topik yang boleh dipilih oleh Hishammuddin sendiri.
Cabaran tersebut dibuat sebagai mengulangi perancangan mereka untuk berdebat beberapa tahun lalu, tetapi dibatalkan kemudiannya akibat penarikan diri Hishamuddin kerana dihalang oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Mahfuz, kini keadaan telah berubah dan rakyat negara ini sudah mempunyai tahap kematangan yang tinggi sehingga pelbagi pihak sudah boleh menerima program debat dengan baik.
Katanya, jadi sekaranglah masa terbaik untuk meneruskan kembali debat antara beliau dan Hishammuddin itu setelah ia gagal dilangsungkan dulu walaupun telah dipersetujui pada peringkat awalnya.
"Dulu debat yang akan diadakan antara saya dan Datuk Hishammuddin itu atas kedudukan saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Hishamuddin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia.
"Sekarang saya bukan Ketua Dewan Pemuda PAS lagi dan Datuk Hishammuddin juga bukan Ketua Pemuda Umno lagi, jadi debat itu mestilah antara saya dan Hishammuddin juga sebagai mengulangi rancangan debat yang tak jadi dulu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Pada perancangan dulu, menurutnya, debat antara beliau dan Hishammuddin itu dicadangkan atas tajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?".
Katanya, sekarang sekiranya Hishammuddin mahu berdebat dengannya, debat tersebut boleh diteruskan atas tajuk itu atau sebarang topik yang diingini oleh Hishamuddin sendiri.
"Terpulanglah kepada Datuk Hishamuddin untuk menentukan tajuknya. Saya hanya bersedia sahaja atas pelbagi topik, bila dan di mana-mana sekalipun," katanya.
Tun tegah berdebat kerana perbuatan tu membuang masa dan tenaga.Tambahan pulak impak dr debat tu tak bawa kebaikan apa2 pun, malahan banyak kerja lain yg perlu DS Hishamuddin buat. Mahpus tu boleh le cabar org berdebat sebab dia takde keja asyik ceramah je sepanjang tahun.
BalasPadamBerdebat dengan siapa saja dari pihak pembangkang ni semuanya membuang masa. Tak perlu dilayan. Mentaliti mereka semuanya rendah2 belaka. Kalau tidak masakan mereka tidak boleh menilai mana baik mana buruk. Dah terang dan terbukti pemimpin mereka tak ada moral tapi masih jadi pengikut fanatik, jadi buat ignore je cabaran2 mereka. Takut nanti tempias kebodohan dan kejumudan mereka berjangkit.
BalasPadamkalau menang debat.tuh.ada boleh bantu rakyat hidup sejahtera ke? Kalau menang debat tuh melambangkan pandai. auta jah.kerja bantu rakyat...... hampeh
BalasPadamElak buang masa berdebat. Empat vessels make The most noice. Cari jalan menyatu padu kaum majoriti supaya teguk kedudukan politik kaum majoriti sekatan cuma bawa perpecahan dan kehakisan. Kuasa politik kaum majoriti kelak jadi pengemis perhamba dihina oleh kaum minoriti dan akan dijajah semula kuasa ekonomi sudah lesap hilang kuasa politik نعزب
BalasPadam