Dah berhari - hari selepas Si Khalid Gagap tu memalukan Si Azmin yang mendakwa bahawa Dr. Hassan Ali salahguna dana Kerajaan Negeri.
Akhirnya, hari baru lah Si Khalid Gagap tu mengakui bahawa memang wujud penyelewengan dikalangan Exco dia sendiri selama hari ini.
Kata Si Khalid Gagap tu, dia menerima laporan audit berkaitan cadangan dari Hassan Ali dalam menentukan kontraktor bagi projek prasarana Kerajaan.
Khalid berkata, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.
"Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat.
"Saya akan adakan temu duga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.
Soalnya, kenapa baru sekarang Si Khalid Gagap tu nak dedahkan laporan audit tersebut? Takkan selama ni dia tak tau perkara ni kot?
Maknanya, selama hari ini, dikalangan Exco serta wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang tu pun memang buat la kerja haramjadah macam tu.
Tapi, disebabkan Hassan Ali telah digugurkan dari kepimpinan mereka, baru ini la diorang nak dedahkan perkara tersebut. Selama ni, diorang diamkan sahaja.
Tu entah ye entah ke tidak penyelewengan seumpama ni masih berterusan didalam kalangan mereka. Siapa tau ye tak.
Mungkin dengan cara ni, diorang dapat mengurangkan pemimpin dikalangan mereka mengkritik dan mempertikaikan parti secara terang - terangan.
Kalau diorang kritik, semua rahsia akan didedahkan. Semua penyelewengan akan dibongkar satu persatu sedangkan semua tindakan tu hanya memalukan diorang juga!!!
Inilah dia apa yang yang dikatakan sebagai sikap Assobiyah yang selama ini dituduh dan dilemparkan terhadap UMNO serta Barisan Nasioal.
Bila ada dikalangan pemimpin mereka yang buat silap, semuanya akan dilindungi. Semuanya akan didiamkan sahaja. Tapi, bila pemimpin tu jadi musuh, habis semua dibogelkannya.
Jelas, apa yang pernah diludah oleh mereka satu ketika dahulu, sekarang dah terpalit pada muka sendiri. Itulah. Orang tua - tua dah kata. Bila kita tunding satu jari pada orang lain, empat lagi akan tunding semula pada kita. Takkan itu pun diorang tak tau!!!
Saya sokong, tkkan Khalid baru nak siasat.Betulke ni Khalid Gaga...atau cari jalan macamana nak lepaskan diri...
BalasPadamJEBAT MELAKA
Assalam Bro
BalasPadamDari ketua sampai ke exco... sama aje mereka ni... campurtangan kerja org lain... Unisel siapa kacau...