Lelaki yang nafsunya tertarik dengan lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik dengan perempuan merupakan sesuatu yang bukan fitrah.
Oleh itu ia akan mendapat kemurkaan Allah dan jika keadaan ini berleluasa maka ia akan menjadikan persekitarannya sudah tidak seimbang lagi.
Sesuatu yang pelik tetapi benar dimana manusia sememangnya mempunyai hubungan dengan alam persekitarannya. Ketahuilah bahawasanya manusia juga adalah sebahagian daripada alam.
Itu hanyalah pada zahirnya sahaja dimana apa yang berlaku cuba ditafsirkan secara zahir atau saintifik.
Sedangkan pada hakikatnya ialah apabila berlaku sesuatu kemurkaan Allah maka diutuskan para malaikatnya yang bertugas hanya untuk Allah dan hanya menurut perintah Allah bagi membinasakan sesuatu kaum itu.
Pelajarilah dari kisah yang lampau dan ambillah iktibar dari umat Kaum Lut dimana kaum Lut telah dibinasakan oleh Allah melalui satu malapetaka atau bencana disebabkan oleh fitrah songsang atau lebih tepat dikatakan ialah, disebabkan oleh penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia.
Lelaki yang nafsunya tertarik kepada lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik kepada perempuan juga adalah merupakan penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia.
Maksudnya;
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka).
Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?
(78) Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.
Maksudnya;
Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu). (80)
(Mendengarkan yang demikian) tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana).
Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka).
Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat? (81)
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. (82)
Kalau difikirkan dan dihalusi terhadap peristiwa kemusnahan dan bencana-bencana yang berlaku di serata dunia dahulu dan sekarang, faktor ini tidak boleh diketepikan.
Manusia hanya ingin mencari logik semata-mata. Tetapi tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa yang telah berlaku samada ia mempunyai kaitan dengan kemurkaan Allah ataupun tidak.
Banyak perkara yang mengundang kemurkaan Allah antara lain ialah lahirnya ramai manusia yang kufur dan syirik kepada Allah S.W.T selain dari apa yang telah dinyatakan di atas. Wallahu alam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.