Rabu, Mac 07, 2012


Semut bukan nak menyibuk dalam industri perfileman di Negara ini. Tapi melihatkan keadaannya sekarang, isu ini sudah semakin menarik perhatian.

Ulasan dari salah seorang pengarah tersohor Negara berkaitan dengan Polemik Filem Seram baru - baru ini amat mengecewakan.

Katanya, masyarakat tidak boleh menyalahkan pembikin filem dalam isu ini sahaja. Sebaliknya, dia menunding jari ke arah ibu bapa dan juga institusi pendidikan.

Ada benar apa yang dikatakan oleh pengarah tersebut. Cuma tinggal lagi, umum sudah mengetahui bahawa tanggungjawab mendidik masyarakat ini adalah tanggungjawab semua.

Kalau benda yang dibuat tu salah, maka ianya wajar untuk ditegur. Itu baru betul hidup bermasyarakat yang dianjurkan dalam Islam.

Maka tugas dan tanggungjawab pembikin filem dan mencorak pemikiran rakyat tidak boleh diketepikan sama sekali.

Mungkin, pembikin filem dalam Malaysia ni perlu banyak lagi belajar dari Allahyarham Tan Sri p. ramlee yang buat filem bersandarkan keadaan semasa.

Ketika itu, rakyat di Tanah Melayu hidup dalam keadaan yang amat tegang. Maka Tan Sri buat filem yang santai berjenaka disamping menyelit 'social critics' didalamnya.

Kalau diperhatikan, pembikinan filem genre seram di Amerika sekali pun, mereka ada musim buat filem seram. Bukannya sepanjang tahun asyik cerita seram je kerjanya.

Kebanyakkan filem genre seram ni hanya disajikan kepada penonton di Amerika ketika sambutan Halloween sahaja. Bukannya dibuat berulang - ulang kali.

Berbeza dengan Malaysia, jika filem seram tu mendapat sambutan, maka filem bergenrekan seram lah yang menjadi sajian utamanya sepanjang tahun sampai orang naik muak.

Sekarang, di kaca televisyen pun sama. Setiap minggu ada tanyangan drama seram. Siap ada slot istimewa lagi. Untuk apa tujuannya? Apa motifnya? Apa kesannya?

Semua itu perlu dikaji. Bukan main buat je ikut sesuka hati. Kalau niat mereka nak mendidik masyarakat bahawa mempercayai perkara tahyul ni salah disisi agam, banyak lagi cara lain.

Perhatikan keadaan semasa. Kini rakyat Malaysia ni dihimpit oleh pemimpin - pemimpin Politik yang kerjanya asyik nak berpolitik 24jam sehari. Sampai rakyat pun naik sesak.

Jadi, kenapa tidak mereka, pembikin filem, mencerna kaedah untuk melarikan masyarakat dari sajian utama Politikus seumpama ini? 

Dari tengok cerita seram, baik buat cerita yang lebih membina. Jangan la diorang ikut perangai pemimpin Politik tu yang suka buat benda yang bukan - bukan!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Dah boring asyik cerita seram je. Pasal cerita seram nie la, aku suruh anak ambil air kat dapur pun takut.

    Buka TV3 mesti cerita seram. Asal ada wayang melayu kat panggung mesti cerita seram.

    Macam2..hantu dlm botol kicap pun ada. Anak aku pun dah takut dengan botol kicap.

    Ini semua pengaruh cerita seram. Cerita seram perlu dikawal.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping