Semut malas nak komen banyak - banyak. Korang baca je kenyataan dari Mufti Pahang ni dan fahami betul - betul apa yang cuba disampaikan.
Jangan pulak lepas ni ada orang yang bagi nama bukan - bukan pada Mufti Pahang ni sudah la!!! Kalau ada, nampak sangat la yang diorang ni dah termakan cili, jadi sebab tu la diorang terasa pedas!!! Hehehe...
KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan isu umat Islam dibenarkan menjalankan perniagaan dengan orang Yahudi sebagai kenyataan politik semata-mata.
Menurutnya, ini kerana, umat Islam secara amnya tidak mengiktiraf bangsa berkenaan yang banyak membawa kerosakan terhadap negara Palestin.
“Bagi saya, ini hanya kenyataan politik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perbandingan Ahli Sunnah dan Syiah di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata, pada dasarnya, hukum berniaga dengan orang Yahudi yang bersikap baik terhadap umat Islam dibolehkan, tetapi berniaga dengan negara Yahudi iaitu Israel yang merampas tanah dan hak kehidupan rakyat Palestin, hukumnya adalah haram.
Menurutnya, meskipun Yahudi dan Zionis berbeza, iaitu Yahudi merujuk kepada bangsa manakala Zionis pula merujuk kepada fahaman atau pegangan, matlamat orang Yahudi pada hari ini kebanyakannya sama iaitu melakukan kerosakan serta kemusnahan terhadap umat Islam.
“Berurusan dengan mereka boleh diibaratkan menyokong setiap penindasan yang dilakukan terhadap saudara kita di Asia Barat,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.