"Haduh! Apa lagi aku nak spin lepas ni???" |
Kalau dulu, Pak Berahim ni boleh jual pada rakyat di Negeri Pahang cerita pasal Kerajaan Negeri Bankrap sebab umumkan bajet Negeri defisit 2011.
Tapi, Pak Berahim tu tak cakap pun yang masa dia jadi Ahli Dewan Undangan Negeri dulu, dia sendiri pun turut bersetuju dengan pembentangan bajet seumpamaitu.
Masa tu, dia kata yang peruntukan tambahan amat perlu bagi usaha Kerajaan Negeri mambantu rakyat secara keseluruhannya.
Namun, kali ini, Pak Berahim dah tak boleh nak guna alasan kata Kerajaan Negeri Bankrap sebab bajet tahun ni berlebihan.
Tambahan pulak, pelaburan yang diterima Kerajaan negeri semakin meningkat walaupun puak - puak Pakatan Pembangkang tu cuba nak menjejaskan ekonomi Negeri.
Jadi, tak heran la kalau Pak Berahim tercengan bila dia baca laporan dibawah ni. Mungkin dia jugak bakal pengsan bila dapat tau pelaburan yang diterima Kerajaan Negeri semakin meningkat!!! Sekarang, apa lagi yang dia nak kata!!! Nga-nga je la!!!
KUANTAN 29 Feb. - Pahang mengunjurkan pertumbuhan ekonomi tahun ini meningkat pada kadar 5.2 peratus berbanding 4.9 peratus tahun lalu ekoran peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) ke negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kemasukan pelaburan ke negeri ini juga sangat seimbang iaitu RM1.5 bilion hingga RM2 bilion setiap tahun dalam pelbagai sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.
"Jumlah pelaburan swasta pada tahun lalu mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu sebanyak RM6.63 bilion berbanding RM1.04 bilion pada tahun 2010.
"Ia kerana wujudnya kestabilan politik, kemudahan prasarana, bekalan sumber asli dan pemantapan modal insan yang menawarkan suasana pelaburan kondusif dan menggalakkan aktiviti ekonomi yang lebih pesat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012, di sini hari ini.
Konvensyen selama dua hari bermula hari ini itu dan bertemakan Pahang Menjana Transformasi dihadiri oleh kira-kira 1,000 peserta dari seluruh negara.
Adnan berkata, Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang merupakan kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri selama ini dalam menentukan hala tuju pembangunan ekonomi negeri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.