Ahad, Mac 11, 2012


Walau pun dalam laporan hari ini menyatakan bahawa Si Jambu Rafizi tu gembira dengan perletakan jawatan Kak ijat, tapi benda ini takkan menguntungkan mereka.

Kini Kak Ijat akan ada masa sepenuhnya untuk menumpukan kepada kerja beliau bagi menghadapi Pilihan Raya.

Semua orang pun tahu yang dalam UMNO dan Barisan Nasional, sayap Wanita merupakan sayap yang paling penting dan paling kuat.

Jadi, jangan la Si Rafizi tu nak suka sangat tak tentu arah. Semut pasti Kak Ijat ada perangcangan dia sendiri. Jangan nanti bila Si Rafizi ni dah terantuk baru dia nak terngadah sudah la!!! Masa tu baru padan muka dia!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.
"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.
Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.
Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.
Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).
Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.
Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.
"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park di sini petang, yang turut mendapat liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau sejak dari jam 1 tengah hari tadi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping