Rabu, April 04, 2012


Ps: Sebelum kita pergi ke berita yang lebih hangat malam nanti, baik kita baca dulu beberapa isi penting dalam menilai pelaksanaan janji Pakatan Pembangkang di Selangor.

Ini yang sebenarnya berlaku di Selangor. Semua janji - janji yang ditaburkan sebelum ini masih GAGAL ditunaikan oleh mereka walaupun mereka kata Negeri ditadbir dengan baik.

Kalau Negeri semewah dan semaju Selangor tu pun mereka masih GAGAL untuk tunaikan janji, jadi macam mana pulak mereka mampu untuk menunaikan janji - janji lain!!! Ini la yang orang kata, Cakap Tak Serupa Bikin!!! Menipu je yang diorang taunya!!!
GA - Bagusnya tentang PKR ini, mereka bebas bersuara dan saling mengingatkan sekiranya ada pemimpin yang lupa dengan apa yang pernah dikatakan atau dijanjikan. Dalam mesyuarat strategik pilihanraya negeri Selangor baru-baru ini, berlakulah satu mesyuarat yang jujur dan telus. Semuanya diluahkan tanpa ada sebarang sekatan. Boleh kutuk dan kaitkan siapa sahaja.
Secara kebetulan, seorang Dr. (orang luar) yang dijemput dalam mesyuarat, memberikan pandangan yang bebas mengenai masalah dalam PKR. Dr ini mengingatkan bagaimana PKR sebenarnya sudah banyak meninggalkan janji pilihanraya tahun 2008. Dr itu mengingatkan bagaimana ini semua akan memberikan impak kepada kerusi-kerusi yang melibatkan kawasan sederhana dan kumpulan profesional. Bangi, sebagai misal, akan terkena tempias.
Dr itu menerangkan bagaimana beberapa perkara pokok masih gagal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor:-
  • - janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
  • - elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
  • - Elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
  • - elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
  • - elauan khas ibu tunggal
  • - bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
  • - bantuan geran untuk perniagaan
  • - memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
  • - membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi,

Semua yang hadir dalam mesyuarat tertunduk malu. Hanya Azmin sahaja yang menjawab. Semua yang belum dilaksanakan, akan dibawa ke dalam manifesto baru, kata Azmin. Itu sahaja.
Dr itu tidak berpuas hati. Tekankan bahawa manifesto yang tidak ditunaikan adalah satu penipuan kepada rakyat. Akhirnya, mesyuarat ditangguh begitu sahaja. Kepimpinan PKR Selangor tidak sanggup lagi menerima feedback jujur pengundi.
Kerajaan Selangor pimpinan Anwar (selaku Penasihat) perlu kembali berfikir dan melaksana segala janji yang tidak dilaksana. Ada juga dalam PKR yang segan silu bila isu-isu ini dibangkitkan oleh kumpulan neutral. Ramai yang kecewa dengan performance PR setakat ini.
Sanggupkah Anwar berjanji lagi dengan rakyat. Kita tunggu sahaja.
* Dr tersebut sudah dibanned oleh Azmin. Tidak akan dijemput lagi ke mesyuarat.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. lepas ni orang hanya akan percaya janji-janji yg dibuat jika dia berkata kalau saya tak tunaikan maka akan menjadi duda dan tak boleh rujuk semula serta dilaknat allah dunia akhirat

    BalasPadam
  2. lerrr. terus banned?? bukan nak try solve isu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping