Seperti yang telah dinyatakan tadi, puak - puak Pakatan Pembangkang di Selangor ni semuanya jenis yang memang tak reti tunaikan janji.
Sama la macam Si Nurul Izzah ni. Dia kononnya berjanji kepada penduduk di kawasan Lembah Pantai untuk membela nasib mereka.
Tapi, selepas dua tahun, hidup mereka semakin merana sedangkan orang lain dah selesa hidup goyang kaki. Itulah yang habuannya kerana percaya kepada orang macam Si Nurul ni.
Di Kuantan pun sama la jugak. Kot kalau ikutkan Si Fuziah Thoron tu, semua benda dia nak bagi. Namun, akhirnya, HAPAH pun tak de.
Yang dia tahu hanya nak menjahanamkan penduduk setempat. Setiap usaha Kerajaan dalam memelihara Keamanan, habis diporak perandakan. Nak harap dia membantu rakyat? Jangan mimpi la!!! Kucing dah bertanduk pun belum tentu dia akan bantu lagi!!!
BLP - Sehari selepas “pertempuran berdarah” di perkarangan Flat 4 Tingkat Kerinchi, mereka yang dikatakan tidak bersetuju pindah telah menyerah balik surat dan mengambil kunci PPR masing-masing.
Wartawan BLP yang turut diundang oleh penduduk setempat melihat sendiri bagaimana 24 dari 34 penduduk yang tertipu oleh Nurul Izzah datang untuk mengambil kunci masing-masing.
Selebihnya sudah menandakan persetujuan tetapi tidak berkesempatan untuk hadir bersama disebabkan hal masing-masing pada waktu tersebut. Pihak BLP akan memberi pengemaskinian jumlah dari masa ke semasa.
Apapun, dari raut wajah mereka yang hadir petang tadi, wartawan BLP melihat dengan sendiri kesedihan mereka kerana terperangkap dalam permainan politik Nurul Izzah.
Bukan sahaja mereka dipulau oleh rakan-rakan rapat, tertindas, tinggal dalam kedaifan selama dua tahun, mereka juga kerugian ratusan ribu ringgit dan pelbagai kemudahan yang lain. Semua akibat janji-janji yang ditabur dan tidak ditunaikan oleh Nurul Izzah.Kami mendengar keluhan sesetengah dari mereka yang hadir petang tadi, akan bagaimana Nurul Izzah telah menjanjikan bulan dan bintang namun tidak dapat menunaikan satu pun janji kepada mereka.
Mereka menanamkan rasa kesal kerana termakan helah dan sandiwara politik Nurul Izzah. Wartawan BLP juga sebak melihat kelibat Hj Hashim Selit yang sebelum ini begitu lantang hadir untuk mengambil kunci PPR beliau. Wajah Hj Hashim menunjukkan seribu makna.Gambar: Haji Hashim meluahkan perasaan
Justeru persoalan yang membara pada hari ini ialah, Nurul Izzah hadir semalam bagi pihak SIAPA? Jika hari ini mereka bersetuju untuk ambik kunci, dia memperjuangkan SIAPA?
Jawapannya ialah beliau hadir semalam hanya kerana sandiwara politik dan disebabkan itulah Nurul Izzah terpaksa mengharapkan sokongan NGO Bukan Melayu dan Kumpulan Siswa dari luar.
Kita perlu ibaratkan sandiwara politik semalam seperti kita sudah bersetuju untuk menjual motosikal dengan harga RM250 kepada bengkel tetapi Nurul Izzah datang dan mengatakan harga tersebut tidak adil, kita patut dapat RM350 kerana motosikal sudah bikin, ekzos baru tukar. Dia menjanjikan yang dia akan memperjuangkan agar kita mendapat RM350 untuk motosikal tersebut.Tetapi setelah dua tahun, tanpa apa-apa usaha dari pihak beliau, motosikal kita makin rosak. Bengkel yang sama hanya mahu beli dengan harga RM150, itu pun untuk dijadikan besi buruk.
Sedangkan rakan-rakn kita yang lain sudah menjual dengan harga lebih dari pasaran RM250 pada dua tahun lepas. Tak bebulu ke beb?.
RM350 yang dijanjikan oleh beliau tinggal kenangan dan janji manis. Adakah kita akan berdiri sebelah Nurul Izzah? Sudah tentu tidak.
Disebabkan itulah Nurul terpaksa memanggil orang luar untuk meramaikan Majlis beliau. Dan sebab itu jugalah BERLAKUNYA PERKARA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI di bumi Lembah Pantai ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.