Keyakinan Barisan Nasional untuk kekal di Negeri Pahang ni nampak gayanya semakin cerah sejak akhir - akhir ni. Semua disebabkan kesatuan mereka sesama sendiri.
Tambahan pulak, Pakatan Pembangkang di Pahang ni kurang buat kerja. Bukan sahaja untuk rakyat. Bahkan dikalangan ahli sendiri pun mereka tak jaga.
Maka, memang wajar bila MB Pahang menyatakan keyakinan besar bahawa Barisan Nasional akan terus kekal di Negeri Pahang selepas Pilihan Raya Umum akan datang.
Bukan nak cakap besar. Tapi itulah hakikatnya. Sokongan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional sedia ada semakin bertambah.
Nak pulak selepas Datuk Seri Najib memberikan banyak manfaat untuk rakyat sebagai pulangan kepada dasar Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Buktinya ialah apabila 122 orang ahli PKR dari kawasan Indera Mahkota bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional semalam.
Kalau hari tu, seramai 300 orang ahli termasuk Naib Ketua Cabang sendiri bertindak untuk keluar parti. Hari ini, 122 orang pulak yang menyusul.
Tapi, puak - puak PKR ni tak boleh nak salahkan orang lain. Sebaliknya semua tu salah mereka sendiri jugak. Siapa suruh diorang tak jaga Kebajikan Ahli!!!
Ada Ahli Parlimen pun serupa macam tak de je. Dok sibuk menjaga tempat orang lain sampai rakyat dikawasan dia diabaikan begitu sahaja.
Nak harapkan Pengerusi PKR Negeri, Si Fauzi Pendek tu lagi la tak boleh pakai!!! Cakap je dia taunya. Buat kerja dia bukan reti.
Tapi, kalau bab duit, semua dia sapu belaka!!! Macam mana ahli tak marah!!! Perangai Pengerusi pun lagi buruk dari orang lain.
Macam mana dia boleh jadi Pengerusi kalau dia tak boleh buat kerja? Itu persoalannya. Tapi semua tu tak pelik. Si Ketua Penipu tu lantik Si Fauzi Pendek ni pun bukan sebab apa. Sebab Si Fauzi Pendek ni je yang pendek akalnya!!! Jadi senang la dia kena tipu!!!
KUANTAN, 21 April (Bernama) -- Seramai 122 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Indera Mahkota di sini bertindak keluar daripada parti itu Sabtu dengan beralih arah menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN).
Daripada jumlah itu, 90 orang menyertai Umno manakala 32 lagi MIC.
Bekas Pengerusi Tetap PKR Indera Mahkota Abdul Hamid Ibrahim berkata beliau sendiri telah jemu dan muak dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh parti berkenaan.
"Kebanyakan yang mengikuti saya keluar daripada PKR bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita.
Beliau sebelum itu mewakili kumpulan berkenaan menyerahkan borang untuk menganggotai parti komponen BN yang diterima oleh Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Hazmi Yusof.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.