Ahad, April 22, 2012


Fuh!!! Berani sungguh Bekas Timbalan Presiden PAS ni mengajak rakyat Malaysia menolak kepimpinan Si Ketua Penipu tu ye.

Dia bukan tak tau yang Si Ketua Penipu tu penyokong kuat kepada gerakan LGBT ni atau nama penuhnya Lembu Gila BABI Tipu.

Malah, Si Ketua Penipu tu pun didakwa oleh bekas rakan sepermainannya sebagai seorang yang Biseksual. Kata nak saman, tapi sampai sudah, tak de tindakan.

Setakat hantar Notis je. Samannya mana? Kalau nak saman, saman la betul - betul. Apa pasal dia nak main acah - acah pulak!!!

Walau apa pun, golongan LGBT ni memang perlu dibenteras dan dihalang supaya fahaman mereka tidak menjejaskan kesucian Agama Islam.

Islam ada hukumnya. Jangan suka - suka pulak nak ubah hukum tu sesuka hati. Nanti buruk padahnya. Jangan ikut perangai Si Gay Tua macam Hishamudin Rais tu. Dia memang dah sah SESAT!!!
KUALA LUMPUR: Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.
"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin, yang juga bekas Timbalan Presiden PAS, kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di sini Ahad.
Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsip asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.
"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.
Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.
Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.
Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping