Halamak!!! Apa cerita ni? Kenapa pulak Cik Ita kita ni nak saman blogger tak tentu pasal? Apa salah yang dah dibuat oleh blogger tu?
Ini mesti ada kaitan dengan kes gosip dia dengan Datuk K, suami Datuk Siti Nurhaliza yang kononnya ada hati nak kawin dengan Cik Ita kita ni.
Apa - apa pun, Semut ucapkan tahniah kepada Cik Ita kerana berani nak ambik tindakan seumpama itu demi menjaga maruah diri serta keluarga.
Bukan la macam Si Ketua Penipu tu kan. Dia setakat cakap je yang dia akan ambik tindakan. Tapi sampai ke sudah, HAPAH pun dia tak buat.
Sampai hari ni, dia masih lagi GAGAL untuk ambik tindakan terhadap pihak yang mendedahkan video seks dia sedangkan ianya jelas menjejaskan maruah diri dia sendiri.
Tapi bab itu pun dia GAGAL nak pertahankan, macam mana dia nak mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara dimasa akan datang!!!
Pilihan Anda - Tegas ibu tunggal kepada dua anak itu, adalah tidak adil buat dirinya dan mereka yang terpalit sama dengan kontroversi terbabit memandangkan ia tidak pernah berlaku sama sekali.
Malah Rozita sendiri mengakui amat terkejut dengan penyebaran berita terbaru yang mengatakan dia bakal menjadi isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) iaitu suami kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
Sebelum ini, berita yang sama turut diperkatakan khalayak.
“Gosip ini tersebar dalam tempoh dua tahun ini. Dan kali ini berita itu disebarkan pula melalui penulis blog. Saya sendiri terkejut dengan penyebaran fitnah tersebut.
“Saya tidak nafikan perkara ini agak menganggu kerana ia bukan sahaja membabitkan diri saya tetapi juga beberapa pihak yang dikaitkan.
“Oleh itu saya berhasrat untuk menyaman mereka mereka yang tidak bertanggungjawab dengan penyebaran fitnah ini,” katanya ketika ditemui ketika menghadiri majlis pernikahan Azza Elite di Masjid Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor, Ahad lepas.
Menurut Rozita, tindakannya untuk mengemukakan saman adalah untuk memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya mencetuskan kontroversi kurang berasas terhadap dirinya.
“Saya langsung tidak pernah bertemu dengan Datuk K, jadi saya juga hairan mengapa tiba-tiba sahaja dikaitkan akan berkahwin dengannya.
“Seharusnya mereka tahu untuk menghormati perasaan orang lain memandangkan tohmahan ini juga berkait dengan keluarga pihak yang terbabit,” katanya.
alamakkk mati lah aku,,, aku pun pernah gak keluar kan citer dia http://hurairahady.blogspot.com/2012/04/rozita-che-wan-janda-meletup.html.
BalasPadamharap harap aku tak kena la... :D