Isnin, April 02, 2012


Ps: Inilah akibatnya bila seorang manusia tu terlalu GILA KUASA sehingga agama yang dianutinya pun menjadi jijik dan sanggup dipolitikkan juga. Itulah sikap sebenar Si Ketua Penipu tu.

Tinggal lagi, hanya pemimpin - pemimpin yang kononnya memperjuangkan agama sahaja tak nampak perkara ini. Malah mereka seolah - olah bersetuju dengannya.

Jadi tak heran la kalau dikalangan PAS hari ini merasa bangga bila ada Pelacur dan golongan gay serta Lesbian yang menyokong mereka. Macam benda tu dah jadi Halal pulak dah sedangkan diorang tau dosa besar bagi golongan tersebut. Itulah tandanya PAS sekarang ni dah sesat!!! Itu pun diorang tak nak mengaku jugak ke!!!

AIDCNews – 02/04/12 – Bukan pelik, itulah topeng-topeng yang dipakai Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik peribadi, kata SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan ketika diminta mengulas pendirian Ketua Umum PKR itu yang kebelakangan ini sengaja menjijikkan program-program berbentuk keislaman.

“Dia nak jadi hero, kelompok Kristian, kononnya dialah juara menentang program-program keislaman.“Dulu kononnya dipecat dari UMNO kerana nak mengislamkan UMNO dari dalam, sekarang ini mana program keislaman dalam PKR. Semua itu sekadar topeng-topeng untuk menipu rakyat”, katanya.

Pada 28 Mac lalu, Anwar seperti dilaporkan The Malaysian Insider menggunakan platform Pakatan Rakyat berkata, seminar ancaman Kristianisasi yang dijadualkan hari ini sebagai gerakan politik yang ‘menjijikkan’.

“Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,” kata Anwar.

Program yang dimaksudkan Anwar itu adalah “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?”, anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor.

Ustaz Ismail Mina mengangap kenyataan sahabat lamanya itu sebagai ‘sangat bertentangan dengan akidah Islam‘. Manakala SD Johari yang tidak terkejut dengan kenyataan Anwar itu mengangap semua ini bentuk provokasi Ketua Pembangkang untuk menagih simpati undi daripada bukan Melayu setelah menyedari undi Melayu-Islam telah merosot.

Katanya, apabila menyedari kehilangan sokongan Melayu-Islam, Anwar kini mencari sokongan baru kepada kelompok Kristian dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Sebab itu Anwar pandang jijik program-program Islam kerana program berbentuk keislaman menghalang perbuatan terkutuk, LGBT.

“Tapi, jika program-program LGBT, meskipun ditentang oleh majoriti masyarakat Islam, Anwar sokong pula. Sebab apa program LGBT, Anwar kata tidak jijik, sebab Anwar pun macam mereka juga”, katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. diselangor pas menang tak banyak kerusi.ahli pas cuma berjawatan exco saja.gaji dia kerajaan selangor[pkr]yang bayar.bukan pas yang bayar.jadi dia terpaksa ikut rentak pemerintahan kerajaan selangor[pkr].kalau dia ikut kepala dia sendiri nanti gaji terjejas pulak.nak tak nak main diam aje dan tengok aje apa benda yang berlaku.dalam pkr macam macam bangsa ada.dia semua bolih bersuara macam mb dia bersuara.exco pas p.pinang macam tu juga.gaji diaorang kerajaan p.pinang[dap]yang bayar.senyap sunyi sepi takde dengar cerita apa apa pon. asalkan dapat gaji sudah.sebab itulah exco pas dalam dua negeri ni mati kutu.dan sebab itulah dato hasan ali melenting.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping