Khamis, April 05, 2012

"Kalau Tak Letak Jawatan, Aku Baling Dengan Kayu Ni!!!"
Wah!!! Nampak gayanya, semakin lantang Si Sam Ketot ni bersuara sekarang ni ye. Mungkin dia nak tunjuk kat 'Big Boss' yang dia juga buat kerja.

Maklum la. Sekarang ni kan, Si Ketua Penipu tu lebih sayangkan Si Rafizi 'Jambu' dari dia. Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah dia tak Jambu, kena la terima hakikat.

Jadi, nak tak nak, kena la dia cari sedikit 'Publisiti' untuk naikkan nama dia. Maka dia suruh la Timbalan Ketua Penerangan dia buat desakkan ni.

Tambahan pulak, dia dengan Si Azmin tu pun memang tak ngam. Dan peluang ni digunakan untuk dia tikam belakang Azmin. Kalau tak sekarang, bila lagi!!!
AIDC - PETALING JAYA: AMK menyokong desakan supaya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan mengenai dakwaan pemilikan saham bagi membersihkan nama di kalangan ahli dan penyokong parti.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, ahli dan penyokong risau jika Azmin tidak menjawab dengan segera akan menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi.
“AMK melihat desakan supaya Azmin membuat penjelasan sebagai satu yang positif untuk membersihkan nama pemimpin.
“Kerana bagi AMK, ahli prihatin terhadap pemimpin parti,” kata beliau.
Bagaimanapun, Rozan tidak setuju dengan tindakan Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saadi yang membuat desakan supaya Azmin mengisytiharkan harta dan saham secara terbuka.
Rozan juga membantah ugutan Mohd Isa, ahli PKR akan keluar parti jika Azmin tidak mahu membuat penjelasan.

Ikut saluran

“Isu itu sepatutnya disuarakan melalui saluran dalaman dan bukannya mendedahkan melalui sidang media serta mengugut keluar parti,” kata Rozan.
Semalam sekumpulan ahli PKR yang diketuai Mohd Isa mendesak Azmin memberi penjelasan mengenai dakwaan pemilikan saham.
Jika Azmin gagal berbuat demikian, kata Mohd Isa, Timbalan Presiden PKR itu perlu keluar dari parti.
Sehingga ini, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak belum menjelaskan pemilikan harta dan sahamnya seperti dakwaan pihak tertentu.
Sementara itu, bekas pemangku Ketua PKR Gombak, Bakar Ninggal meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemilikan saham dan harta Azmin.
Pada masa sama, beliau mahu orang yang membuat tuduhan ke atas Azmin hendaklah membuktikan dakwaan tersebut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping