Selasa, April 24, 2012


Steady la!!! Ini baru dikatakan sebagai seorang pejuang dan berani untuk menegakkan Kebenaran. Tak la macam sesetengah pemimpin Pakatan Pembangkang tu.

Pantang bila DAPigs batuk sikit, dah menggelupor diorang keluarkan kenyataan yang bukan - bukan. Hakikatnya, memang itulah sikap mereka.

Tapi, berbeza dengan Bekas Timbalan Presiden PAS ni. Dia tak kisah lansung dengan amaran dan ugutan yang dibuat oleh SI Godfather Lim sebelum ini.

Maka kita nantikan, apa tindakan Si Ketua Penipu tu ekoran dari desakan yang dibuat oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa ni. Adakah dia akan mendesak Haji Hadi untuk pecat Ustaz Nasa atau dia akan meminggirkan Godfather Lim? Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
 
Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .
 
“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” , semalam.
 
Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.
 
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.
 
“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.
 
Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.
 
“Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.
 
Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping