'Herang' betul dengan Presiden PAS sorang ni. Punya la lama dia duduk dalam Politik, baru sekarang dia nak sedar yang PKR tu sebuat parti Politik?
Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah selama hari ni pun, dia kuat tido je kerjanya. Al - Maklum la, dah tua. Itu je la kerja yang dia buat pun.
Kononnya, kata Si Haji Hadi ni, siri serangan ke atas Timbalan Presiden PKR, Si Azmin Ali baru - baru ni adalah merupakan satu permainan Politik semata - mata.
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan siri tuduhan dan desakan ke atas. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali termasuk daripada ahli akar umbi baru-baru ini lebih bersifat mainan politik lawan menjelang pilihan raya umum.
“Keadaan itu bukan sahaja menyasarkan pemimpin parti pembangkang tetapi kepada pemimpin kerajaan dalam usaha menjatuhkan mereka seperti mana yang banyak berlaku sebelum ini apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya.
Dah namanya pun parti Politik. Memang la dia mainkan isu Politik. Kalau tak main isu Politik, buat menda jadahnya pulak ianya digelarkan PARTI POLITIK!!!
Tak ke bengong tu? Benda mudah macam tu pun dia tak paham jugak ke? Pun nak kena tunggu orang jugak yang cakap baru dia nak tau?
Yang lagi peliknya ialah bila dia menyifatkan serangan tu sebagai satu tanda Pilihan Raya dah nak dekat. Maka sebab tu la serangan sedemikian dibuat.
Apa sebab dia nak cakap macam tu? Apa pasal pulak kalau nak dekat dengan PRU je baru isu tu timbul? Hanya semata - mata tak nak bagi Si Azmin tu bertanding?
Kalau itulah tujuannya, jadi diorang tak boleh la nak salahkan UMNO sebab yang mempertikaikan perkara tu ialah ahli akar umbi PKR sendiri.
Diorang yang desak agar Si Azmin Ali tu tampil dan berikan penjelasan serta mengambil tindakan. Ke diorang nak tuduh UMNO jugak yang jadi dalang?
Mana tau. Diorang ni pun bukannya betul sangat pun. Kadang tu cakap main sedap mulut je. Benda tak de kena mengena dengan UMNO pun diorang tuduh UMNO jugak yang buat.
Kang ada jugak la yang kata bahawa Mohd Isa buat desakkan tu sebab ada pemimpin UMNO yang suruh. Dia setakat baca skrip je. Itu pun satu perkara yang tak mustahil diorang buat.
Satu lagi benda pelik ialah bila dia tuduh siri serangan ni sebagai satu permainan Politik. Dalam bahasa orang putihnya, 'Political Stunt' untuk meraih sokongan.
Yang dia buat baru - baru ni menda kejadahnya? Bukan ke sebelum ni dia pun 'Main Politik' bila dia kata yang dia tak nak bertanding dalam Pilihan Raya kelak?
Bukan ke itu juga boleh disifatkan sebagai satu kaedah untuk meraih sokongan? Hah! Kan tak pasal - pasal je dah kena balik ke muka sendiri.
Itulah. Lain kali, jangan setakat tahu nak kaji orang je kerjanya. Diri sendiri tu muhasabah dulu. Sedar diri tu sikit!!! Jangan suka sangat nak kaji nyamuk di seberang laut!!! Uruskan gajah yang mati depan mata tu dulu la woi!!!
Buat fitnah ajer lah blogger ni. Bak kata Ahmad Mazlan, "bloggers dan FBies UMNO ini SAMPAH"
BalasPadamSame lah Harakah pun sampah gak..puihh
BalasPadamsebenarnya mana2 parti politik lebih kurang jer..masing2 main untuk rebut kuasa.kita rakyat ni kena pilih molek la supaya negara kita tak tergadai..contoh dah ada..kita tengok mcm mana kerajaan kelantan,selangor,pulau pinang,melaka..sume ni mewakili pas,pkr,dap,bn..kita tengok lah mana yg kita rasa elok..jgn lah kucar-kacirkan keharmonian negara yg dah lama terbina hanya kerana mainan politik.
BalasPadamdah tentule semuanya parti politik.tapi kita kena faham ada parti politik menggunakan politik untuk mempertahankan islam dan bangsa melayu ada parti politik menggunakan islam untuk mempertahankan politiknya.ada parti politik menggunakan bangsa melayu untuk merampas negara ini dari kuasa melayu.suaranya sama tapi niatnya lain lain.AWAS.
BalasPadam