GA - Antara individu yang masih kuat mengutuk, mengecam dan menidakkan tindakan kerajaan melakukan pembaharuan kepada ISA adalah Phil Robertson.
Mat Saleh yang lama kononnya menjaga hal ehwal politik, hak asasi manusia ini sangat kuat mengecam Malaysia kerana kononnya tidak bersungguh dalam memperbaiki undang-undang ISA. Soalnya, Mat Saleh ini ikut peraturan dan percaturan siapa?
Di dalam PKR, Phil Robertson ini bukannya baru. Dia adalah antara orang yang banyak melatih peguam-peguam muda PKR seperti Surendran, Latheefa Koya, Fadiah Nadwa dalam isu-isu human rights ini. Bukan orang PKR sendiri tak tahu.
Antara tempat ‘tutorial’ favourite adalah di Bangsar Village. Hubungan Phil Robertson dengan peguam-peguam muda PKR memang luar biasa mesra dan intim. Boleh bertepuk tampar lah kiranya. Kalau orang biasa lihat kemesraan Phil dan Fadiah; jadi pelik rasanya. Rasa macam ada hubungan luar biasa.
HQ PKR pun bukannya asing buat Phil Roberson. Banyak bengkel-bengkel kecil yang Phil Robertson jayakan untuk memberikan petunjuk dan kaedah cara mana untuk menggunakan isu hak asasi dan memberikan tekanan kepada kerajaan.
Anwar semalam memberikan persetujuan bahawa undang-undang baru ISA adalah baik dan bersesuaian. Rujuk akhbar Sinar dan The Sun. Anwar puji, walaupun dia letakkan beberapa kerisauan.
Yang kuat menentang adalah Mat Saleh bernama Phil Robertson ini. Apa agenda? Atau Anwar yang minta Phil Robertson gunakan media antarabangsa dan terus menghentam PM Najib?
Kita yang berada dalam jentera reformasi dahulu pun pelik dengan Anwar. Depan kata lain; tapi belakang suruh Phil hentam kerajaan dan ISA. Ini permainan apa Anwar? Cuba jawab?
Kepada Phil, tak ada kerajaan di Asia Tenggara yang baik. Semuanya pencemar HAK ASASI MANUSIA. Hak asas versi siapa? Kenapa Negara Asia Tenggara perlu bertuhankan hak asasi manusia ciptaan Phil Robertson?
http://www.voanews.com/english/news/asia/southeast/Indonesian–126315018.html - Phil mengkritik Kerajaan Indonesia kerana mengambil tindakan kepada ekstremis agama.
http://my.news.yahoo.com/criticism-grows-over-isa-replacement-s-threat-to-023946571.html – Phil kritik Malaysia pula.
http://www.unhcr.org/refworld/publisher,HRW,,SGP,4dc796bec,0.html – Phil kritik Singapura
http://www.techwireasia.com/1413/internet-censorship-in-asia/ Phil bercakap mengenai kebebasan media TOTAL.
http://www.mekongmigration.org/?cat=8 : Phil kritik Thailand.
Semua negara SALAH dan tidak terlepas daripada Phil Robertson. Apa agenda mamat yang menjadi kesayangan PKR ini???
Agreed...
BalasPadamWe don't need others to disturb with our own Nation...
Go throw Philshit in other country... But not in Malaysia...