Isnin, April 16, 2012


MP - Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas) di kawasan Parlimen Pasir Puteh telah menfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di sini kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab. 

Menurut sumber, wanita yang berusia 30-an itu mendakwa suaminya bukan sahaja gagal memberikan nafkah batin tetapi juga tidak memberikan perbelanjaan harian terhadap dia dan anaknya.

“Isterinya yang bertugas sebagai penolong kanan di sebuah sekolah di sini telah menfailkan tuntutan penceraian ini pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh. 

Hari ini mereka dipanggil untuk sebutan kes tetapi malangnya ADUN terbabit tidak hadir dan gagal dihubungi. 

“Tuntutan itu dibuat kerana dia kecewa dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. 

“ADUN ini hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Pulang malam dan esok paginya sudah pergi,” kata sumber terbabit ketika ditemui di Kompleks Balai Islam Lundang dekat sini, petang ini. 

Sementara itu, tinjauan detikperubahan.com di mahkamah di sini mendapati isteri ADUN terbabit hadir untuk menyelesaikan isu tuntutan tersebut bagaimanapun pulang hampa kerana suaminya tidak muncul. 

Isteri ADUN ini bagaimanapun enggan ditemubual dan tidak mahu gambarnya dirakamkan. 

Kata sumber itu, hasil perkahwinan mereka sejak empat tahun lalu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata. 

“Beliau bukan sahaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya malah mengambil kesempatan ke atas isterinya untuk kerjaya politiknya. 

“ADUN terbabit memang tidak bersetuju dengan penceraian yang dituntut isterinya dan beliau berjanji akan berubah selepas pilihan raya umum akan datang,” katanya. 

Tambahnya, wanita berkenaan turut meluahkan isi hatinya yang dia tidak percaya lagi terhadap kata-kata suaminya itu yang dikatakan bijak menabur janji selama ini.

Ps: Macam mana nak jaga Kebajikan Rakyat kalau nafkah isteri sendiri pun diorang tak mampu nak bagi??? Korang fikir la sendiri!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping