Ahad, April 05, 2015

Jika sebelum ini, Tun Mahathir pernah cerita, Wan Azizah pernah datang jumpa dia sambil menangis menceritakan tentang tabiaat buruk Si Ketua Penipu tu. Soalnya, betul ke cerita tu?

Boleh tak sesiapa mengesahkan cerita mengenai insiden tersebut yang hanya telah disampaikan sendiri secara lisan tanpa sebarang bukti yang kukuh ditampilkan kepada umum?

Kalau diikutkan, menyampaikan cerita yang tak betul mengenai seseorang juga boleh dianggap zalim kerana menyampaikan cerita mengenai keburukan orang lain tanpa bukti boleh dianggap Fitnah.

Dan fitnah itu juga ibarat seperti membunuh saudara sendiri. Jadi, adakah tindakan yang dilakukan itu tidak boleh dianggap sebagai satu 'Pembunuhan Kejam' yang juga boleh dianggap zalim?

Soalnya sekarang, apa cerita yang disampaikan oleh Wan Azizah tu kepada Tun sebelum ini? Ye ke Si Wan Azizah tu pernah tulis surat sepanjang 18 muka surat dan ditujukan kepada Tun?

Jika benar apa yang didakwa, kenapa surat itu tidak dipaparkan kepada umum? Kenapa ianya hanya disimpan begitu sahaja sehingga menimbulkan kecurigaan dikalangan rakyat diperingkat bawahan?

Kalau betul apa yang disampaikan oleh Tun sebelum ini, bermakna dia juga pernah melakukan kesilapan besar sewaktu dia menjadi Perdana Menteri kerana terlalu percayakan kepada orang tertentu.

Ianya juga turut membuktikan bahawa Tun juga hanyalah manusia biasa yang turut mempunyai kelemahan tersendiri dan mudah terpedaya dengan karektor yang ditampilkan secara luaran.

Mintak maaf la jika ada sesiapa yang terasa dengan persoalan yang dibangkitkan ini. Tapi, melihatkan gelagat Mantan Perdana Menteri tu sejak kebelakangan ini seolah - olah macam dia nak menegakkan kebenaran.

Maka, tidak salah sekiranya perkara yang sama juga turut dibangkitkan berhubung dakwaan yang dia buat sebelum ini kerana ianya juga turut melibatkan kehidupan serta maruah seorang Individu. Jadi, Tun perlu jawab segala dakwaan yang dia sendiri pernah lakukan!!!

PS: Macai Pakatan kena desak Tun Mahathir siasat dulu kenyataan yang dia pernah buat. Kalau setakat percaya cerita pasal Altantuya tapi tak percaya cerita pasal Anwar, baik tak payah!!!
Categories:

17 ulasan:

  1. Jaga periok nasi ke semut hitam

    BalasPadam
  2. SH,

    There's a wow factor with your piece this time only because you have shown whose balls you're carrying. You did not look at the essence of the question except the substance!

    Its OK to take sides but if its for the common and greater good you cannot wrap around your head into why Tun M asked in the first place?

    There is a reason why one needed a good eye to distinguish between CRYSTALS and DIAMONDS! Have you gone retard?

    BalasPadam
  3. Kalau dah nak sangat jadi blogger penjilat najib tak payah la , nak berusaha susah payah nak serang balik utk menjatuhkan Tun dengan dakyah bodoh , tunggu la PRU 14 saya sangat sangat percaya kali ini UMNo akan lenyap kuasa selama nya sekiranya Najib masih lagi jadi PM , saya tak perlu cerita panjang pada orang orang yang tertutup hati mereka. Saya bukan penyokong Teger PR saya atas pagar tapi dah tak boleh nak buat apa dah , orang UMNO makin tak sedar dan hanyut ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tak sadar tu kau lah mangkuk

      Padam
  4. kalau nak puji najib pun jgnlah terlalu sangat...benda yang tak betul..tak kat tak boleh tegur..sekarang ni banyak pengundi atas pagar tak sokong umno disebabkan najib...

    BalasPadam
  5. Salam 1 Malaysia.
    Dahulu saya dengar cerita yang kata Tun M buang Anwar sebab tak luluskan dana Petronas untuk anaknya daripada mulut orang PAS. Cerita yang kata Tun M arahkan untuk pi tangkap Ustaz Man Libya juga daripada mulut orang PAS.
    Lani cerita-cerita orang PAS tu dah meniti di mulut-mulut blogger UMNO. Tulisan Lokman Nor Adam yang ada menyebut Tun M pecat Anwar sebab tak luluskan dana untuk tolong MISC, seakan mengiakan cerita-cerita orang PAS dan PR sebelum ini. Blog Kutukan Dewata yang mempersoalkan isu Memali, kelihatannya seakan menyindir Tun M.
    Dahulu orang UMNO tak buat macam ni. Lani orang UMNO dah berani kata kat Tun M ikut apa yang orang PAS dan PR kata.
    Kalau pun nak pertahan DS Najib, tak kan sampai kena perburuk Tun M guna isu-isu yang PAS dan PR guna? Entahlah! Jangan dah terantuk baru tengadah sudahlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa bezanya dengan Tun? Dia pun menggunakan isu yang turut menjadi bahan Politik PR untuk menyerang Datuk Seri Najib? Kalau setakat dia nak persoalkan mengenai isu 1MDB, boleh kita terima lagi. Tapi bila dikaitkan dengan isu Sirul dan Altantuya, seolah - olah Tun nak kaitkan Najib dengan kes tersebut. Soalnya, adakah Tun anggap Datuk Seri Najib seorang pembunuh?

      Padam
    2. Tun M tanya Najib saja bukan Tun M menuduh! Jawatan yg Najib pegang tu adalah jawatan pemimpin no 1 malaysia! sebagai pemimpin No 1 dia kena jawab la perkara2 yg org confius tu...sbb Nabi Muhammad dahulu tak tinggalkan sesorg yg dtg bertanya tanpa jawapan yg jujur serta munasabah!

      kalau Najib nak diam camni...dari satu sudut bagus jugak (sbb kurang bercakap kurang dosa) tapi jgn duduk kt jawatan No 1...dia boleh berniaga atau berkebun sambil mendiamkan diri! lebih afdhal

      pada pandangan saya...bila dok kt jawatan No 1 (KENA BERKOMUNIKASI) leader must speak.

      kalu tgk dari segi Generasi - Tun M seperti Ayah, Najib ni anak no 2 selepas Paklah....bila Ayah tegur, tp Najib diam x melawan maknanya Najib anak yg baik. tapi blum boleh jadi ayah!

      bagi masa kepada kedua dua mereka selesaikan masalah berkomunikasi ini wahai rakyat yg dikasihi. boleh tak??

      Padam
    3. Tun M tanya Najib saja bukan Tun M menuduh! Jawatan yg Najib pegang tu adalah jawatan pemimpin no 1 malaysia! sebagai pemimpin No 1 dia kena jawab la perkara2 yg org confius tu...sbb Nabi Muhammad dahulu tak tinggalkan sesorg yg dtg bertanya tanpa jawapan yg jujur serta munasabah!

      kalau Najib nak diam camni...dari satu sudut bagus jugak (sbb kurang bercakap kurang dosa) tapi jgn duduk kt jawatan No 1...dia boleh berniaga atau berkebun sambil mendiamkan diri! lebih afdhal

      pada pandangan saya...bila dok kt jawatan No 1 (KENA BERKOMUNIKASI) leader must speak.

      kalu tgk dari segi Generasi - Tun M seperti Ayah, Najib ni anak no 2 selepas Paklah....bila Ayah tegur, tp Najib diam x melawan maknanya Najib anak yg baik. tapi blum boleh jadi ayah!

      bagi masa kepada kedua dua mereka selesaikan masalah berkomunikasi ini wahai rakyat yg dikasihi. boleh tak??

      Padam
  6. Saya rakyat biasa tetap sokong UMNO kerana masih yakin dengan kepemimpinannya yang se memangnya lebih baik dari yang lain yang hanya kaki putar belit dan menipu rakyat bawahan.

    BalasPadam
  7. Semut Hitam dah bertukar warna jadi semut perang ke ? Kami faham cari makan kerana nak hidup,hmm....

    BalasPadam
  8. Saya memang percaya cakap Anwar dalam soal mengapa dia di pecat,ianya sekali-kali bukan kerana kes sodomi,tapi lebih kerana beliau menentang cara TM menangani masalah ekonomi,terutamanya berkaitan dgn bailout syarikat perkapalan ana TM.Kalau TM nak pecat Anwar kerana kes sodomi,dia dah pecat lama sebelum itu keran beliau sudah di beri penjelasan oleh Tun Hanif sendiri,begitu juga kononya TM sendiri sudah menerima surat aduan dari Wan Azizah sendiri.Betul juga kata Anwar ,kalau soal seks yg menjadi punca ramai lagi orang Umno yg patut di pecat oleh TM dan TM sendiri pun pernah di kaitakan oleh Anwar dgn seorang perempuan Cina.

    Cara kritikan dan tomahan TM pada PM Najib sekarang sudah melampau,saya tak percaya beliau berbuat begitu kerana sayang pada Umno/BN,tapi rasanya lebih untuk menjatuhkan Umno /BN.Paling jahat bila TM menimbulkan issu Altantunya,sedangkan kes ini sudah di putuskan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.Logiknya dalam kes ini kalau di dapati bersalah hukuman yg akan di kena adalah hukuman mati,mengapa Sirul tidak menimbulkan atau mengaitkan pihak laian jika ianya benar-benar ada semasa dalam perbicaraan.Apa lagi yg beliau nak takutkan utk mendedahkannya ,sedangkan hukuman mati bakal menunggu.Takan pula hukuman mati boleh jadi 2 ganda kalau dia dedahkan orag lain tersebut yg menyebabkan dia takut mendedahkannya.

    Saya berani kata TM memang berniat buruk pada PM Najib,bukan seperti yg di warwarkannya,yg kononya dia sayang pada Umno/BN.

    BalasPadam
  9. apa lagi tun m nak.,.najib dah bagi mukriz jadi tim menteri walau pun kalah no 3 pemuda umno..yang menang ( KJ ) tak dapat apa2 ...pah tu bagi pulak jadi MB ...so Tun M nak apa lagi.,..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping