Apa ke bingai sangat yang Si Haji Hadi ni mengarut ni? Kenapa pulak tiba - tiba dia cakap pinjaman PTPTn tu tak perlu dimansuhkan?
Presiden PAS ni sedar ke tidak apa yang dia cakap? Atau dia ingat dia masih lagi dialam mimpi? Itulah masalahnya kalau suka sangat tido ni.
Semalam dia kata pemimpin Pakatan Pembangkang tak de yang terlibat dalam membuat sebarang provokasi untuk Mahasewel tu berdemo.
Padahal, terang - terang kelibat beberapa pemimpin PKR seperti Nurul Izzah dan Tian Cuak dirakamkan pada hari demo tu dibuat.
Dah nampak sangat la yang dia cuba nak menipu rakyat dengan memberikan alasan sedemikian. Pun dia ingat rakyat ni buta macam dia agaknya.
Alih - alih, hari ni Si Haji Hadi ni kata, pinjaman PTPTN tu tak perlu dihapuskan. Cuma kena ikut konsep Islam yang perlu melalui proses tertentu.
KUALA TERENGGANU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dihapuskan begitu sahaja tetapi perlu melalui proses tertentu yang adil dan tidak membebankan sesiapa, kata pemimpin Pakatan Rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep Islam menyarankan golongan berada mengambil tanggungjawab untuk membantu golongan miskin.
“Bagi kepada kita (tadbir) kita tahulah nak buat macam mana. Konsep Islam, orang berada mengambil tanggungjawab, orang miskin tidak akan dibebankan, itu akan berlaku,” katanya.
Kata beliau, teori masyarakat Ibnu Khaldum mengatakan pendidikan adalah industri, industri menghasilkan produktiviti, pendidikan juga menghasilkan manusia yang hasilkan produktiviti.
“Oleh itu PTPTN tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas taklimat pembinaan Dewan Tok Guru di Rusila, Marang, semalam.
Kalau ianya tak perlu dihapuskan, MENDA KEJADAHNYA BUDAK - BUDAK MAHASEWEL TU BERDEMO HARI TU!!!
Bukan ke budak - budak tu berdemo sebab nak tuntut agar pinjaman PTPTN tu dihapuskan terus? Yang berkhemah tu pun buat tuntutan yang sama.
Jadi, kalau Haji Hadi kata yang PTPTN ni tak perlu dihapuskan, maknanya budak - budak Mahasewel tu buang masa je la duduk berkhemah di Dataran tu!!!
Apa! Haji Hadi tak tau ke hukum menghabiskan masa tak tentu arah ni? Bukan ke hukumnya Haram sebab buat kerja yang Lagho!!! Mustahil la kalau benda tu dia tak tau!!!
Inilah masalahnya dengan pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Kalau bercakap main sedap mulut je. Bukannya dia nak fikir dengan Kepala Otak. Main Ikut Kepala Lutut, macam ni la jadinya!!!
Anwar sendiri mengakui kepada Haji Hadi, bahawa Selangor berada di bawah keadaan yang sangat ... Selangor perlukan perubahan, kata Anwar. ... Perlu ada balance of power di antara PKR dan DAP; dan SAPP bersedia untuk menjadi tonggak. ... Tak mahu sama-sama fikir bagaimana nak selamatkan isu PTPTN ini.
BalasPadamwalaupun aku bkan pro PR, tapi btoi la apa kata hadi awang 2...ptptn perlu diuruskan cara islam, x membebankan rakyat sangat. yg kaya makin boroi, yg miskin makin kedana. dah la pemimpin pn ada yg seleweng kedarah duit rakyat. haram x kena tangkap pn, kalo kena pn penjara 1-2 tahun ja, kalo rakyat curi payung pasar mlm saja pn kena 4-5 tahun. kerajaan korup n pentingkan kroni. perjuangan mahasewel 2 pula bodoh piang. mampoih la nak free semua, masuk jamban pn kena 3 kupang. kalo free makin ramai la mahasiswa yg bodoh x terajaq mcm adam adli 2. kena perbodoh dgn anuat brahim yg sememangnya gila kuasa 2.
BalasPadam