Jumaat, April 06, 2012


Memang sah. Ini semua kerja puak - puak UMNO yang dengki dengan pendedahan yang dibuat oleh Datuk Nallakarupan untuk memburuk - burukkan imej Si Ketua Penipu tu.

Sebab kalau nak tuduh Pakatan Pembangkang terutamanya PKR adalah tidak logik dan tidak boleh diterima akal sama sekali.

Diorang bukannya parti yang ganas. Sebaliknya mereka ni dari kalangan rakyat yang cukup tertib dan berhemah serta lemah lembut.


Mana mungkin diorang yang buat kerja ni. Tengok cara diorang bermesyuarat untuk pilih pemimpin. Kan cukup berhemah tu? Bersih je. Teratur dan tersusun. Mana ada kecoh - kecoh. Jadi, jangan la nak main tuduh sebarangan!!!
KUALA LUMPUR - Seorang rakan baik Senator Datuk S.Nallakaruppan semalam mengalami detik-detik cemas apabila beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak di Taman Sri Gombak di sini.

U. Thamotharan, 45, seorang ahli perniagaan, hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak selepas cermin keretanya jenis BMW 530 dipecahkan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali pada 3 petang semalam ketika hendak keluar dari rumah.  

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata keretanya telah dilanggar terlebih dahulu dari belakang sebelum beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya sempat melarikan diri.  

Mereka kemudian memecahkan cermin belakang dan depan serta dua cermin sebelah pemandu.  

"Mereka menyerang sebagai amaran dan ugutan yang serius agar saya menjauhkan diri daripada menyokong Datuk Nallakaruppan," katanya.  

Beliau berkata dua dari penyerang itu memakai topi keledar dan suspek tidak dikenalinya.   

Thamotharan, yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), berkata kejadian itu tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk terus berada di belakang Nallakaruppan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping