Ps: Ini yang dikatakan sebagai pejuang yang nak menegakkan Kebenaran dan Keadilan untuk rakyat? Kebenaran Kepala Hotak dia!!!
Nak jaga maruah diri dan keluarga pun diorang tak mampu, lagi diorang nak jaga maruah rakyat dan Negara kelak? Kirim salam je la!!! Kalau bagi pun, alamat Jahanam La Jawabnya!!!
KETERUJAAN menanti sidang media antara Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin berhubung pelbagai spekulasi buruk yang mengaitkan mereka berdua, berakhir sebentar tadi, bila penulis dimaklumkan bahawa sidang media tersebut telah dibatalkan pada saat-saat akhir.Penulis mendengar, sidang media yang sepatutnya diadakan petang ini di ibu pejabat PKR di Tropicana iu, dibatalkan kerana pihak ibu pejabat PKR mendapat maklumat bahawa ada pihak-pihak tertentu yang berusaha menggagalkan sidang media tersebut atas sebab yang tidak dapat dipastikan.Tidak dapat dipastikan sama ada sidang media ini ditunda ke satu tarikh yang lain atau bagaimana?Penulis yakin, pihak-pihak tertentu yang dimaksudkan itu tentulah ada kaitan dengan UMNO kerana UMNO akan kehilangan modal paling besar untuk memburukkan reputasi Anwar & Azmin terutama dalam menghadapi kempen pilihanraya umum akan datang jika sidang media tersebut diadakan.Yang kurang enaknya, dengan pembatalan ini, nampaknya hasrat untuk menamatkan terus dakwaan jahat oleh musuh politik Datuk Seri Anwar dan Azmin Ali berhubung dengan spekulasi dan dakwaan hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar Taharin ini akan terus berpanjangan.Sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang panjang.Pembatalan ini juga memberi lagi peluang musuh-musuh politik Azmin, terutamanya dari dalam PKR sendiri untuk berterusan melancarkan serangan berbentuk peribadi ke atas Timbalan Presiden PKR itu.Apatah lagi bila hasil carian penulis di laman web Parlimen, gagal menemui sebarang sesi perbahasan mengenai perkara tersebut (hubungan sulit Shamsidar & Anwar serta pemilikan saham) di Parlimen seperti mana yang di dakwa Azmin telah di jawab sebelum ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.