Pergh!!! Pedih seh!!! Sebelum ni, Si Nurul Izzah tak pernah pulak sibuk dalam isu yang berkaitan dengan Felda ni. Kenapa pulak dia tiba - tiba terjebak?
Ada ke dikalangan pengundi dia yang terdiri daripada kalangan warga Felda yang perlu dia perjuangkan? Rasanya tak de sebab kawasan dia ditengah bandar.
Itu pun dia masih tak mampu nak perjuangkan. Malah dia abaikan lagi adalah. Jadi, kenapa dia sibuk sangat nak cerita pasal durian runtuh Felda sebelum ni?
Sebabnya mudah. Dia Merah Mata kalau tengok orang Melayu jadi KAYA!!! Itu je sebabnya. Maka sebab itulah dia bantah penyenaraian FGVH.
Buktinya dah cukup banyak. Dia halang orang Melayu dapat rumah baru dan lebih suka diorang tinggal di Flat buruk.
Dia lagi suka orang Melayu tak de rumah dari dapat beli dengan duit KWSP. Itu semua bukti yang dia nak orang Melayu ni kekal mundur. Kenapa pulak dia nak Melayu mundur?
Sebab, nanti tak de la peluang diorang nak tunjuk yang diorang ni Hero dan membantu orang Melayu. Bila diorang dapat kuasa, benda sama jugak yang diorang akan buat!!!
Macam la orang tak tau!!! Semuanya Menipu Belaka!!! Bukannya diorang nak perjuangkan rakyat sangat pun!!! Lagi pulak, itu je kerja yang diorang tau buat pun!!! Bukannya diorang tau buat kerja lain!!!
KUALA LUMPUR : Koperasi Pelaburan Felda Bhd. (KPF) bersetuju dengan langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia Mei ini selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan hari ini.
Seramai 1,102 daripada 1,227 perwakilan yang menghadiri EGM itu menyokong resolusi penyenaraian tersebut, sekali gus menamatkan pelbagai kontroversi sejak kerajaan mengumumkan cadangan penyenaraian syarikat milik penuh Felda tersebut ke Bursa Malaysia.
EGM yang berlangsung kira-kira empat jam itu diadakan selepas mesyuarat yang sepatutnya dijalankan 22 Februari lalu dibatalkan setelah Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka.
Utusan Malaysia difahamkan, para perwakilan EGM itu telah diberi penerangan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPF mengenai usul-usul yang dibentangkan termasuk pemindahan milik pegangan KPF dalam Felda Holdings Bhd. (FHB) serta 10 anak syarikatnya kepada Felda sebelum mereka memutuskan sama ada mengundi untuk menerima atau menolak.
FGVH dimiliki 100 peratus oleh Felda dengan 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.
KPF yang dianggotai kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula me miliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dengan keputusan EGM tersebut, KPF telah bersetuju menjual saham dalam FHB kepada Felda sekali gus bersetuju dengan penyenaraian FGVH.
"Dalam mesyuarat itu juga, mereka telah bersetuju memberi mandat kepada Ahli Lembaga Pengarah KPF bagi meneliti, berunding, memperhalusi dan menerima apa-apa terma yang tertakluk dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Esok Ahli Lembaga Pengarah Felda akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti segala keputusan yang telah dibuat Ahli Lembaga Pengarah KPF ini," katanya ketika mengadakan sesi perjumpaan dengan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.