Selasa, April 24, 2012


Fuh!!! Hebat jugak Si Mahfuz Bean ni rupanya ye. Berani sungguh dia desak DYMM Yang DiPertuan Agong agar tidak memperkenankan Parlimen dibubar.

Kononnya, kata dia, Parlimen tak wajar dibubarkan selagi kewujudan Petugas Khas (Task Force) pemberian kad pengenalan tidak diselesaikan.
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) memohon agar Yang di-Pertuan Agong supaya  tidak memberi perkenan kepada permohonan pembubaran Parlimen selagi isu dakwaan kewujudan pasukan petugas khas pemberian kad pengenalan tidak diselesaikan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berlata, pihaknya mahu isu daftar pemilih yang bersih ditangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipanggil.
"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata Mahfuz Omar yang juga pengerusi jawatankuasa itu.
Apa yang herannya ialah, kenapa selama Parlimen bersidang, dia tak bangkitkan usul tu didalam sidang dewan? Kenapa tak dibahaskan perkara tersebut?

Sebaliknya, dia desak agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan pulak, desakan Si Mahfuz tu membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang memang takut dengan bayang - bayang sendiri.

Kalau dalam sesi ceramah mereka, bukan main lagi diorang kata yang diorang tak gentar nak hadapi Pilihan Raya Umum.

Malah, diorang sering mendabik dada mengatakan yang jentera mereka sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU yang akan datang.

Jadi, sekarang apa cerita? Kenapa pulak tiba - tiba diorang nak halang pembubaran Parlimen? Tak ke pelik tu?

Hakikatnya, Pakatan Pembangkang ni takut kehilangan kuasa. Diorang khuatir yang diorang akan kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Jadi, nak tak nak, diorang terpaksa la buat apa sahaja untuk melengah - lengahkan Pilihan Raya Umum tu semata - mata untuk memberi masa diorang terus memburukkan Kerajaan.

Macam la orang tak tau taktik diorang ni ye tak. Kalau dah dasar Penakut tu, Penakut la jugak!!! Tak payah la bagi alasan yang bukan - bukan!!! Mengaku je, habis cerita. Nak buat cerita mengarut ni menda kejadahnya!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Mahfouz bean tin kosong berbunyik dah.

    BalasPadam
  2. Takut kalah PRU lah tu...

    NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Tipu kuat sampai berbuih mulut.. yeek..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping