KUALA LUMPUR 19 April - Beberapa bekas Reformis dan Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil menubuhkan sebuah Organisasi yang bertujuan menentang kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dipimpin bekas reformis Zaid Md Arip bertujuan bagi memberi kesedaran terhadap rakyat mengenai penipuan yang dilaungkan Anwar Ibrahim dalam bentuk serangan mahupun janji Pilihan Raya.
Zaid Md Arip yang bertindak sebagai Mursyidul Am Organisasi tersebut turut mengesahkan akan menganjurkan Siri Jelajah di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PKR bagi membongkar agenda jahat bekas Pemimpin beliau itu.
"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya. Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar, jika beliau berceramah, kita akan berada dalam ceramahnya.
Kita juga akan fokuskan empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.
Antara barisan bekas Pimpinan Gerakan Reformasi dan PKR yang menyerta organisasi tersebut termasuklah Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga merupakan salah seorang peguambela Anwar Datuk Zulkifli Nordin, Senator Datuk S Nalakaruppan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.
Turut serta bersama barisan TIBAI adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar Anuar Shaari; Ketua Penerangan PERKASA yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung bersama PRM) Ruslan Kassim, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, bekas Pembantu Anwar Ibrahim Rahimi Osman dan bekas Reformis Ng Lum Yong.
Published with Blogger-droid v2.0.4
oh anwar...
BalasPadamkahkahkah. serious???? Gila takde kerja
BalasPadam