Selasa, April 17, 2012



Petikan dari blog pembangkang. Malas nak promote blog mana satu, pembaca boleh tanya pakcik GOOGLE.

Fatwa tentang 'lelaki dewasa hisap susu wanita' !


  • Pada tahun 2007 satu fatwa kontroversi dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Hadith Universiti Al-Azhar, Dr Izzat Atiya. Fatwa dikeluarkan sebagai satu jalan penyelesaian untuk membolehkan dua orang pekerja bukan muhrim yang berlainan jantina bekerja di bawah satu bumbung. Ia dilaporkan di BBC 
  • Dr Izzat Atiya berkata untuk menyelesaikan masalah, pekerja lelaki perlu menghisap susu rakan sekerja wanitanya sebanyak 5 kali dan setiap susuan itu mengenyangkannya. Ini menjadikan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dan muhrim yang boleh bekerja sebumbung. Dengan itu pekerja wanita tersebut bolehlah membuka tudungnya di depan lelaki-lelaki yang telah disusukannya itu. 
  • Fatwa itu dibantah oleh ulama lain walaupun Dr Izzat Atiya mengeluarkannya berdasarkan hadith. Walau macam mana pun tidak ada di kalangan pekerja wanita yang dengan rela menawarkan pada rakan lelaki mereka untuk disusukan walaupun ramai pekerja lelaki dengan mata bersinar merenung para pekerja wanita yang dilihatnya banyak susu. Akhirnya fatwa tersebut pudar begitu saja. 
  • Tiga tahun kemudian pada tahun 2010, seorang ulama Saudi, Sheikh Abdul Mohsin Al-Abaican mengeluarkan fatwa yang sama bahawa lelaki boleh minum susu wanita yang bekerja satu bumbung bagi mengelakkan larangan lelaki dan wanita bukan muhrim bersekedudukan. Cuma ia agak berbeza daripada Dr Izzat Atiya dari segi cara penyusuan. 
  • Sheikh Mohsin Al-Abaican berkata lelaki tidak boleh menghisap susu rakan wanitanya secara terus, sebaliknya melalui susu wanita tersebut dimasukkan ke dalam gelas dan dari gelas itulah ianya diminum. Itu seterusnya membuatkan mereka bersaudara dan terangkat segala larangan. 
  • Baru-baru ini pula Kuwait diriuhkan dengan isu yang hampir sama berkisar dengan hal lelaki dewasa minum susu wanita. Namun kali ini ia menyentuh hukum suami menghisap susu isterinya ketika perhubungan intim, adakah ianya dibenarkan. Ada berbagai pendapat: 
    • Tidak haram - Sheikh Nazim Misbahi
    • Tidak mengapa jika terhisap ketika bersama, namun ia tidak digalakkan - Sheikh Bassam Al-Shatti
    • Kalau suami hisap puting tetek isterinya ketika bersama, ia tidak mengapa. Tapi jika kemudiannya susu masuk ke dalam mulutnya, maka hendaklah dibuang dan jika tertelan hendaklah dipaksa muntahkan - Sheikh Sa'd Al-Anzi 
  • Baca laporan fatwa terbaru Kuwait di sini

Pelik betul bila puak-puak pembangkang ni siarkan fatwa ni. Fatwa ni dah lama ada di internet. Cuma MyMassa terpikir, apakah motif blogger pembangkang ni? Nak HALALkan tindakan Anwar dalam video tu ke?



Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. Haha.. Gitu pulakk.. Puak pembangkang memang dah meroyan ni..

    BalasPadam
  2. Oooo tu tengah menyusu la tu.

    BalasPadam
  3. Tun Mahathir kata kalau yg pelik2 tu bukan Islam. Kena semak betul2. Jgn kena gelak dek kafir. Sy tak kata betul atau salah. Ulama kena kaji betul2.

    BalasPadam
  4. These all nonsense tahap gaban. Ini yang Dr Mahathir marahkan ni bila ulama bawa fatwa gila. Ini hanya apply pada budak umur kurang dua tahun aje. lebih umur dari tu kau minum sampai muntah pun still tak jadi sedara sesusu. Tak caya cuba dengar ceramah UAI - bolehlah kalau laki hang umur lapan bulan..ha..ha

    BalasPadam
  5. Assalam Bro

    Samalah macam hudud PAS... bole liwat isteri... Benda yang haram juga yang mereka war-warkan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping