Nah!!! Ini satu lagi bukti keGAGALan Mahasewel tu menarik perhatian dan sokongan dari kalangan Pakatan Pembangkang sendiri.
Sebelum ini, geng - geng yang kena serang di Dataran merdeka tu mendapat simpati dari kalangan Pemuda PAS dan mahu membantu menjaga Keselamatan mereka.
Maka, atas sebab itu, Ketua Pemuda PAS Pusat mengarahkan jentera Unit Amal turun dan membantu menjalankan tugas tersebut.
Bila dah turun, baru la Unit Amal tu tengok sendiri senario sebenar yang berlaku depan mata. Sebelum ni, orang cakap diorang tak nak percaya.
Ikuti pendedahan yang dibuat oleh MyMassa hasil daripada salah satu artikel yang tersiar dalam portal forum Tranungkite:
Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka. Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut:Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan??
Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas.Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah. Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni?
MyMassa suka untuk bangkitkan kembali apa yang berlaku pada demonstrasi PROTES sebagaimana diungkit dalam ayat terakhir artikel tersebut.
Di mana PKR cuba menyerapkan budaya HEDONISME dengan menganjurkan konsert band underground di bawah kelolaan Hishamuddin Rais.
Hasilnya band tersebut bertindak di luar kawalan sehingga membuka seluar di depan penonton. Yang serang band ini bukan pemuda UMNO, tapi unit amal PAS sendiri!
Mari kita tengok berapa lama lagi PAS boleh bertahan dengan PKR yang sering kali cuba mengajak PAS lari dari perjuangan mereka.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.